Rabu, 28 Mei 2014

Sekitar Ijtimak Ulama' Fatoni Surau Perwaja Gurun Kedah 27 Mei 2014

Majlis dimulakan agak lewat iaitu selepas solat Isyak, adalah difahamkan rombongan dari Patani baru sampai pada waktu maghrib dan singgah berehat di rumah Homestay Perwaja.

Walaubagaimana pun disini ana hanya dapat melapirkan beberapa keping gambar untuk tontonan jemaah, bagi mengambarkan kemeriahan pada malam tersebut untuk tontonan dan merasai sedikit kemeriahan bagi sahabat yang tidak berkesempatan bersama-sama dengan ulama Nusantara.

Bagi AJK Surau Perwaja sentiasa mengharapkan sokongan daripada sahabat-sahabat teman-teman didalam menjayakan setiap aktiviti dakwah yang dijalankan oleh AJK, tak lupa dengan ucapan ribuan terima kasih.

Majlis juga tamat sekitar jam 11:30 malam dengan bacaan Tahlil oleh Tn. Guru Baba Hj Abd Karim Serta doa Tn. Guru Pak Njang Sudin dan Tn Guru Baba Ahmad Nawawi, sebelum bersurai jamaah dijamu dengan Nasi Sup Daging lembu.

Alunan Selawat keatas Nabi saw
oleh adik MUNIR
Ucapan aluan daripada
Tuan Haji  Zulkifli Md Isa
Penasihat Surau Perwaja
Tn. Guru Baba Hj Abdul Karim B Hasbullah
Pondok Dala

TN. Guru Baba Asri B Soleh
(Penasihat Ulama' Jameah Fatoni)
Tn. Guru Baba Ahmad Abdullah ( Baju Hitam )
AJK Ulama' Jameah Fatoni &
Mudir Pondok Pia
Tn. Guru Baba Ahmad Nawawi
(Penasihat Ulama' Fatoni)
Tn. Guru Pak Njang Suddin
( Gajah Mati )
 Sebahagian daripada jemaah yang hadir

Anak mengambil kesempatan menagih keberkatan 
do'a munajat dari ulama'

Video ucapan aluan dan ringkasan tazkirah majlis
Ijmak Ulamak Fatoni & Tahlil Perdana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan