Ahad, 31 Mei 2015

Berniaga Nabi saw ke Syam MP3 - Ustaz Naim Hussin

Kuliyah Maghrib MP3
Surau Perwaja Gurun Kedah
25 Mei 2015 - Isnin

" Allah jadikan jasad Nabi saw tidak berbayang "
" Mengembala kambing semasa remaja "
YBhg. Ustaz Naim Bin Hussin

Audio MP3


Selasa, 26 Mei 2015

Cuti Umrah Mei 2015 - 1

Kepada sahabat  yang mengikuti Blog ana terlebih dulu ana mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengok Blog ana yang tidak seberapa ini. Melainkan untuk bersama berkongsi ilmu yang telah Allah beri kelapangan kepada ana untuk merakam dan memasukan dalam Blog dan bersedia untuk santapan rohani sahabat - sahabat yang tidak berkesempatan menghadiri kuliyah yang diadakan.

Untuk 2 minggu yg lalu ana tidak dapat bersiaran seperti biasa kerana ana bersama isteri berserta adik dan kakak pergi umrah iaitu pada 12 Mei hingga 26 mei 2015.... dengan demikian aktiviti keagamaan disekitar Gurun tidak dapat ana rakamkan...

Hari ini 26 Mei 2015 ana selamat kembali dan berada dibumi bertuah ini dan Alhamdulillah ana serta isteri sihat adanya...berkat doa daripada sahabat-sahabat  sekelian.

Sehubungan itu ana paparkan sedikit coretan dan Foto/gambar untuk tatapan dan kenangan untuk di kongsi  bersama semasa ana berada di sana.. hanya gambar sahaja yang dapat menceritakan segalanya....

Kepada teman serombongan ana serta isteri mohon maaf disepanjang kita bersama-sama meranjau pelusuk bumi bertuah kami mohon maaf seandainya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati dan menyakitkan mata antum sekelian...
Al-Maklum sebagai manusia kami tidak terlepas daripada sebarang kesilapan....

Begitu juga kepada Pihak Tiram Travel terutamanya Mutawwif Ustaz Bahakhi Muhammad, yang cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik...walaupun ada beberapa kelemahan tetapi ia tidak menutup kecermelangan anta memberi khidmat yang terbaik kepada kami.... SYABAS DRP.. ANA..

Salah dan silap mohon maaf:-




13 Mei 2015 Sebahagian daripada Peserta Jamaah 
yang seramai lebih kurang 42 orang, Selepas diberi taklimat.
Begambar beramai-ramai di Penang International Airport
sebelum bertolak ke Kuala Lumpur (KLIA) jam 10:45 pagi

Bersama Mutawwif Tiram Travel ( Ustaz Bahakhi )

14 Mei 2015 ( Pagi ) 
Sesampai dihadapan hotel Al Fayroz Madinah
Tempat penginapan.
 Selama 3 hari 2 malam di Negeri Madinah..

Sebahagian kota Madinah

Tempat Dalam kawasan Masjid Nabawi


Dalam Masjid Nabawi - Atas adalah tempat Bilal...

Makam Nabi saw Sempat juga ana ambil gambar
sedangkan mengambil gambar adalah dilarang sama sekali.

Persingahan di Masjid Quba'

Kunjungan ke Makam Shuhadak Bukit Uhud

Pengkisahan oleh Ustaz Mohammad 
Syahid beberapa orang sahabat Nabi saw 
termasuk Saidina Hamzah (Bapa saudara Nabi saw) yang dibunuh
oleh hamba abdi (Wahshi), yang di upah oleh Hindon 
 beliau dibunuh dengan menggunakan Tombak/lembing.
(Hindon dan Wahshi akhirnya masuk Islam)

Berkesempatan juga kami berkunjung di tempat Bani Sa'edah
Berhampiran dengan Masjid Nabawi.

Di kisahkan oleh Ustaz Mohamad bahawa di tempat inilah
setelah kewafatan Nabi saw para sahabat berbai'ah dengan
Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama.... sedangkan 
pada waktu yang sama Saidina Ali sedang menguruskan Jenazah
Yang Mulia Nabi saw.

(Dengan sebab inilah Syiah begitu marah kepada 
Saidina Abu Bakar dan beberapa orang sahabat)

Bersambung:.........






Isnin, 11 Mei 2015

Allah hina orang yg cari lain dari Islam - Ustaz Sidek Nor

Ceramah Bulanan
Surau Perwaja Gurun Kedah
06 Mei 2015 - Rabu
Oleh : Ustaz Sidek Nor

* Bersyukur kerana berada dalam bulan Rejab *
* Nabi saw minta pada Allah supaya diberkati dalam bulan Rejab *
* Nabi saw berpuasa seolah-olah sebulan Rejab @ sya'ban *
* Jangan kamu matikan hati kamu dengan banyak makan dan minum *
* Bulan yang di fardukan sembahyang *

Audio MP3


Agama itu segala hukum yg 5 - Tn Guru Hj Salleh Musa

Kuliyah Maghrib
Surau Perwaja Gurun Kedah
09 Mei 2015 - Sabtu
Kitab : Hidayatus Sibyan Bab : Tauhid (Sifat 20)
Audio MP3

Youtube Video akan datang...

Ahad, 3 Mei 2015

Memahami Hadith

HADITH DHAIF MENURUT PERSPEKTIF PARA ULAMA' MU'TABAR AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Oleh
Maulana Hussain Abdul Qadir hafizahullah (Anak murid kepada Anak Murid Maulana Zakariyya rahimahullah)


Pokok perbincangan kami di dalam risalah ini ialah tentang hadith dhaif kerana sejak kebelakangan ini ada pihak yang sering mempertikaikan hadith dhaif sehingga mereka menganggap bahawa beramal dengan hadith dhaif adalah perkara mungkar dan ia adalah hadith yang dusta. Hadith dhaif ini hanya tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan hasan. Pengertian ini tidak membawa maksud bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif.