Ahad, 29 Disember 2013

Percaya dan Yakin tidak sama - Ybhg. Ustaz Naim Hussin

Kuliyah Dhuha   -   MP3
Surau II Taman Gurun Jaya Kedah
Sabtu 28 Disember 2013
Kitab : Faridatul Faraid - Bab : Mukadimah 2

Mencuci Dosa - Ustaz Fauzi Mustaffa

Kuliyah Dhuha - MP3
Surau II Taman Gurun Jaya
Sabtu 28 Disember 2013
Ybhg. Ustaz Fauzi Mustaffa ( TV9)
" Mencuci Dosa "

Tanda aras diri sendiri - Ybhg. Ustaz Murtadha

Bicara Agama
Surau Perwaja Gurun Kedah
Isnin 11 November 2013
Ybhg. Ustaz Murtadha
" Wasiat Nabi saw kepada Abu Hurairah dan diamal oleh beliau sehingga meninggal"


Selasa, 24 Disember 2013

Fitnah kepada Lelaki - Ustaz Mohammad Roshdi

Bicara Agama
Surau Perwaja Gurun Kedah
Hari Sabtu, 16 November 2013
Ustaz Muhammad Roshdi Bin Abdullah
"  Kelebih orang fakir/miskin tidak lama berhadapan dengan Allah SWT 
berbanding dengan orang kaya "


Anugerah Allah SWT - 15 November 2013

Bicara Agama 
Surau Perwaja Gurun Kedah, 15 November 2013
Tamu Undangan : Adik Sobri Rofie berumur 13 Tahun
Pelajar Pondok Tahfiz Darul Hufaz Lampong, Indonesia.
" Berkat didikan dan asuhan Kiyai Nur Salam beliau dapat menhafal 30 Juzuk 
hanya dengan 5 bulan sahaja....ikut bacaan beliau dan kisah beliau, 
serta @ kaedah untuk menghafal Al-Quran "

Demikianlah Allah SWT memberi ilmunya kepada sesiapa yang dikehendakiNya..

Menghafal @ Membaca Al Quran - Kiyai Nur Salam

Bicara Agama : Surau Perwaja Gurun Kedah,
17 November 2013
Oleh Kiyai Nur Salam
" Jangan abaikan menghafal @ membaca Al-Quran "


Khamis, 19 Disember 2013

Admin kurang sihat

Kepada sahabat-sahabat ana, pengunjung setia Blog Berilmu dan Beramal,
untuk sementara waktu ana tidak dapat aktifkan blog kerana masalah kesihatan...
bermula pada 19 Nov 2013.

1. 19 Nov 2013 dan 20 Nov 2013 
Gastrik - 2 hari ana kena berulang Hospital Yan kemudian Sg Petani..
Sekarang dah OK..

2. 21 Nov 2013 - Ke Hospital Yan untuk mendapat keputusan penyakit Tyroid,
Darah diambil pada 18 Oktober 2013, Malangnya tiada ada keputusan melainkan Doktor bertugas bagi tahu supaya datang semula 1 Feb 2014, dan diberi kepada saya kertas ( ana tak tahu kertas apa)

3. 28 Nov 2013 - Ana dapat rasakan yang diri ana semakin hari semakin lemah dan tidak bermaya.. berjalan lebih kurang 100 meter terpaksa berhenti 2 kali, kerana penat, kerongkong rasa kering.

Pagi hari yang sama ana terpaksa berjumpa dengan Panel Doktor syarikat ana dan juga sahabat ana...(Klinik Dinamik). Semasa berjumpa, beliau terkejut dengan perubahan mendadak badan ana, lalu beliau mencadangkan ana pergi KMC Alor Setar untuk Xray.
Setelah mendapat Keputusan (Negatif Xray) ana berjumpa semula dengan Dr, beliau mengatakan

1. Jantung ana Bengkak - Kemungkinan Tyroid 
2. Paru-paru ada jangkitan kuman dan berair

 Dr. ambil darah ana untuk ujian pengesahan penyakit....tyroid

Ana dibekalkan ubat - Antibiotik selama seminggu - dan Rawatan Jantung Bengkak.

4. 05 Disember 2013 -  Ke Klinik untuk mendapatkan pengesahan penyakit Tyroid.
Hasil dari ujian, saya disahkan menhidap penyakit Tyroid...bacaannya terlalu tinggi katanya..

Dan ana dibekalkan ubat-ubatan Tyroid dan jantung selama sebulan....

Setelah beberapa minggu sehingga kini 19 Disember 2013 - Alhamdulillah kian beransur pulih...

Takdir Allah yang menentukan segalanya dan juga, ujian daripadaNya disamping itu ana menghadapi Buasir pula......hanya peringkat permulaan... tapi sakit dan pedih Allah yang tahu...nak duduk pun tak selesa, serba tak kena jadinya.... 

Oleh yang demikian ana tidak dapat rakam dan menghadiri kuliyah disurau atau masjid...untuk sementara waktu....

Sekian..

Admin -  Rindu ana pada sahabat-sahabat ana Surau Perwaja Gurun, Terutama En Zahari, En Roslan...