Khamis, 22 November 2012

[Vedio] Hal Ehwal Rumahtangga - Ustaz Azhar Idrus

Kitab Muhimmah

[BONGKAR] Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia


Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.


Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.

Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).

Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, "Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945."

Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.


Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, "Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.

"Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. "

Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.

Kisah selanjutnya klik : [Bongkar] Adolf Hitler Peluk Islam

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram


"Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Moga ada manfaat.

Sumber : lenggangkangkung.blogspot.com

Isnin, 19 November 2012

Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? - Komen DR MAZA


Ini doanya...

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami. Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini.

Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat. Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.

Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu. Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.

Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti.

Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.

Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk

Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah,

Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN..
Ini videonya...



Apa kata TG Nik Aziz.. 

"Tak salah doa macam itu. Umno pun dah tolak Islam, nak mulia di mana lagi," katanya ringkas sewaktu ditemui pemberita pada akhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Kota Bharu hari ini ~ Malaysiakini

APA KOMEN DR MAZA??????????


Tahaluf Siasi PAS dalam PR masih relevan - Dato' Dr Harun Din

Rabu, 14 November 2012

Perutusan Maal Hijrah 1434H - Ustaz Tuan Ibrahim

Kradit to : Pahang kini Com

20121113 Ustaz Wadi Anuar - Cara Bersandar Nabi saw

Kitab : Syama'il Muhammadiah
Bab : Cara Nabi saw duduk bersandar.

Dan diantara yang menarik :-
1. Kumpulan yang kanan dan yg kiri
2. Satu hadith yg kita tahu akan ditanyai Allah apakah telah kita amal...
3. Keajaiban mimpi
4. Patukah bunuh pada orang yg mencuri.. dan lain2 lagi.....

Ahad, 11 November 2012

20121106 - Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad - Masjid Sultanah A. Star

Kuliah Bahrul Mazi Jilid 15, oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad, bertempat di Masjid Sultanah, Alor Setar pada 6hb November 2012.

Antara yang menarik :
1- Keistimewaan Wanita. Mahligai Mutiara di Syurga.
2- Nama anak-anak perempuan Nabi.
3- Mahalnya hidayah Allah.
4- Anak 6 tapi tak bahagia.
5- Ramai orang perempuan cerdik, apa kelebihan lelaki?
6- Boss perempuan (Perempuan jadi ketua, negeri tak akan maju, kenapa?)
7- Bergaduh sesama Muslim, apa kata Nabi?
8- Kenali ciri-ciri pemerintah yang baik dan jahat.
9- Penyamun Tarbus (Pilih Menantu)
10- Ciri-ciri orang yang baik dan jahat
11- Pemimpin jaga kroni (Sejahat-jahat pemimpin dikalangan kita)
12- Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya (Sultan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz)
13- Ilmu yang tak semua orang faham (apakah?)
14- 5 tahun tak pernah nampak muka.
15- Siapa yang menetang pemimpin yang jahat, dia selamat.
16 - Cara yang betul untuk menjatuhkan pemimpin zalim (Ikhtibar di Iraq, Libya) [Kena usaha bagi menang pilihanraya]

20121110 Tn Guru Hj Salleh Musa - Tauhid & Fekah


20121108 Ustaz Yusof Awang - Tafsir Al-Quran


Khamis, 8 November 2012

Muktamar: Negara Berkebajikan Teras Perpaduan


Presiden PAS
MUKTAMAR Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu kali ini mempunyai dua makna dan kesan yang penting.

Pertama, ia diadakan di tengah-tengah suasana menjelang PRU Ke-13 yang ditandai pelbagai titik hitam, terutamanya isu perkauman, rasuah, nepotisme,  malah isu daftar pemilih yang dilihat masih belum bersih. Di tengah suasana begini, PAS sendiri menghadapi gelombang fitnah dan tuduhan tajam dari musuh politiknya, namun setakat ini PAS mampu menghadapi cabaran ini.

Kedua, muktamar ini diadakan dalam suasana Hijratul-Rasul yang mempunyai pelbagai petunjuk untuk ummah dalam menghadapi gelombang cabaran. Muktamar PAS Ke-58 ini akan diadakan dari 14 hingga 18 November, manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.

Ia bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan. Pentingnya muktamar kali ini ialah diadakan dalam salam suasana Hijratul-Rasul dan dalam suasana menjelang PRU ke-13 di mana ia muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perbincangan mengenai persiapan menghadapi PRU ke-13 tentunya akan mendominasi muktamar tersebut, di mana akan dibincangkan sampai ke tahap mana persiapannya di samping isu-isu mengenai tuntutan pilihan raya bersih dan adil yang berterusan.

Muktamar kali ini tidak ada pemilihan, namun tidak kurang pentingnya, terutama untuk menunjau perbahasan mengenai persiapan pilihan raya yang akan dibangkitkan oleh perwakilan negeri-negeri.

Seperti diketahui Negeri Selangor yang kata kaya dan ternama itu menjadi sasaran utama Umno/BN untuk memenanginya kembali, yang dilihat ‘dengan apa cara sekalipun’. Sebab itu, persiapan yang cukup sangat diperlukan oleh menangkis serangan ini.

Dalam masa yang sama, negeri selatan Semenanjung – Johor dan Negeri Sembilan – dilihat mempunyai potensi besar bagi Pakatan Rakyat untuk memenanginya, sementara Melaka juga sedang mengalami perubahan.

Perwakilan Kedah juga tentunya akan melakarkan kemajuan persiapan pilihan rayanya untuk mempertahankan negeri Jelapang Padi itu. Diberitakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat Kedah semakin kukuh.

Sementara Perlis, Pahang dan Terengganu juga penting untuk dilihat persiapannya di tengah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat negeri-negeri tersebut juga berpotensi untuk menang.

Sementara negeri Perak pula, ada pertanyaan, bolehkah PAS/Pakatan Rakyat Perak ‘merampas’ semula negeri itu dan bagaimana persiapannya? Inilah persoalan yang dinanti-nantikan oleh para muktamirin untuk dibahaskan.

Tentunya dalam soal ini Ustaz Abu Bakar Hussian sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Ir. Nizar Jamaludin serta team pimpinannya menjadi perhatian muktamirin untuk mendengar kemampuan PAS Perak memenangi kembali Perak.

Bagi Kelantan, pengalaman dan kejayaan cemerlang PAS memerintah 22 tahun dan dengan persiapan sejak bertahun-tahun kelihatannya sukar tergugat walaupun menghadapi asakan berterusan. Kejayaan PAS

Ucapan Dasar Datuk Seri Presiden yang penting itu dijangkan akan mengupas pelbagai isu dalaman dan luar negara. Temanya sangat menarik - Negara Berkebajikan Teras Perpaduan - dan ia adalah pengisian kepada negara Islam di mana selama ini PAS dituduh sudah tidak lagi memperjuangkannya.

Ucapan Dasar ini dijangka menghuraikan konsep 'Negara Berkebajikan’ dan tentunya akan menjawab persoalan negara Islam bahawa jika ‘Negara Berkebajikan’ ini dapat dilaksanakan, di mana keadilan menjadi terasnya, nescaya akan terserlah wajah negara Islam seperti yang sering disebut-sebut.

Di dalam ‘Negara Berkebajikan’ ini terserlah kepimpinan yang beramanah, keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat, kemakmuran negara tidak berkisar di kalangan satu gololongan elit pemerintah saja, kemiskinan ditangani secara serius di mana rakyat diberi hak dan harga diri.

Tema muktamar ini sangat sesuai dengan tuntutan masa kini, di mana PAS mengenengahkan isi dan pelaksanaan negara Islam itu dan bukan label atau sebuah jenama popular. Semuanya ini akan menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak mengenai apa yang disebut negara Islam.

Sementara itu PAS sebagai pemegang peranan utama dalam main stream parti politik di negara ini mempunyai fungsi penting untuk menangani kekalutan dalam negara dengan penuh bijaksana.

Bagaimanapun PAS telah melakukan banyak perubahan sesuai dengan realiti masa kini. Kehdirannya dalam  Pakatan Rakyat melalui pendekatan Tahalluf-Siasi sangat dihormati oleh rakan-rakan, termasuk kalangan bukan Islam.

Oleh itu. desakan musuh supaya PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi, konon kerana tidak menguntungkan Islam, tidak menggugat keyakinan pendukung PAS supaya terus berada dalam Pakatan.

Muktamar kali ini, seperti saya katakan, sangat penting justeru ia kebetulan diadakan bertepatan Muharram, bulan Hijratul-Rasul. Oleh itu, pengisian dari semangat dan falsafah Hijratul-Rasul ini sewajarnya menjadi wahana kepada perjuangan PAS.

Hijratul-Rasul itu menatijahkan kejayaan Rasul-Allah itu mengangkat martabat manusia, membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, menegakkan keadilan sejagat dan peduli umat.

Rasulullah s.a.w. telah berjaya mentransformasikan Madinah – yang dulunya padang pasir berdebu dengan masyarakatnya berpecah belah -telah menjadi bandar Madinatul-Munawwarah, bandar cahaya dengan masyarakat majmuknya yang uniq di mana Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin.

Para muktamirin di muktamar ini sewajarnyalah merenung model paling agung sepanjang sejarah manusia di dunia ini, iaitu bagaimana kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan visi Islamnya dapat membina masyarakat Madinah dalam sebuah kesatuan yang kukuh berasaskan aqidah yang satu.

Ertinya, masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama dan ras bukan alasan untuk menghalang perpaduan, justeru Islam itu sangat adil dan saksama. Di sinilah PAS berperanan sebagai prime-mover, penggerak utama ke arah perpaduan ini – walaupun di tengah pelbagai kaum dan agama - untuk menikmati keadilan Islam yang menjadi rahmat seluruh alam.

B&A/Sumber ibnuhasyim.blogspot.com

Rabu, 7 November 2012

Kuliah Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 - Dato' Ustaz Haji Shamsuri Hj Ahmad - 5hb November 2012.


Kuliah Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 (Tafsir Surah Al-Nahli) oleh Dato' Ustaz Haji Shamsuri Hj Ahmad, bertempat di Masjid Simpang Empat Permatang Buluh, Seberang Perai, 5hb November 2012.

Antara yang menarik.
1- Keadaan "ada aku kesah" dalam kubur.
2- Suara Azab Kubur
3- Pakai kasut atas kubur
4- Diskriminasi orang mati
5- Parking piring terbang
6- Kesan ribut nama perempuan
7- Keistimewaan pokok, buah dan minyak zaitun. (*Wajib dengar)
8- Durian Musang King (Hebatnya Allah)
9- Empat binatang tak guna (Allah tak cipta sesuatu itu sia-sia)
10- Lori babi terbalik (Manfaat diciptakan babi)
11- Email NASA Alignment Bumi

Cradir to :  

Ahad, 4 November 2012

Yang membela Islam tiga orang Cina


 

Subky Latif,

02 Nov 2012 : HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam.

Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak  wajar membisu apabila agamanya dicerca.

Tetapi amat menakjubkan apabila rakan-rakan Cina yang tampil menyifatkan Soi Lek dan  MCA menghina Islam seperti yang disuarakan oleh Anthony Loke, MP DAP Rasah, kolumnis SIANG MALAM di Harakah, Lim Hong Siang dan seorang penulis lagi Sarena Tay.

Pada mereka apa yang cakap oleh Soi Lek dan semua pemimpin MCA dalam perhimpunannya dua hari pada 20 Oktober lalu adalah menghina Islam, hudud dan PAS.

Mereka bukan orang Isalam, bukan beriman dengan hudud dan bukan pejuang PAS. Mereka adalah pembawa berita sebenar dan pembuka mata, sesuai dengan ajaran ilmu kewartawanan iaitu berita adalah maklumat berunsur kejutan seperti anjing digigit orang. Bukanlah berita lagi kalau orang digigit anjing.

Hujah biasa jika yang membela Islam itu orang, kerana adalah tanggungjawab orang beriman membela dan menegakkan  Islam dan hukum-hukumnya. Tetapi ia adalah pembuka mata ada wibawa apabila orang yang tiada kepentingan dengan Islam  dan hudud mengira Islam dan hudud telah dicemuh.

Mereka tidak bercadang untuk mendaulatkan Islam seperti yang PAS perjuangkan dan jaga mahu hudud menjadi perundangan seperti yang dituntut oleh Islam, tetapi mereka tidak melihat bijak dan rasional apabila Islam dan hudud dihina begitu rupa.

Kewajaran mereka berbuat demikian bukan untuk melihat Islam itu daulatkan tetapi tindakan  MCA itu menggamit keserahan di kalangan rakyat dan negara. DAP belajar dari keterlanjuran pemimpinnya Karpal Singh pernah berkata langah mayatnya jika Islam diperundangkan. Ia pernah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam dan ia menyukarkan DAP untuk menembusi pasaran pengaruh politik.

Kesilapan itu telah dibaiki, Karpal dan DAP tidak lagi dilihat oleh umat Islam di luar UMNO sebagai pencetus ketegangan.

Ketiga Cina itu termasuk ketua pemuda DAP, Anthony Loke mahu mewujudkan suasana negara yang aman, adil dan harmoni, menolak provokasi dan penghinaan terhadap Islam yang lakukan oleh MCA itu.

Lebih menjolok mata Perdana Menteri Najib telah diperalatkan oleh  MCA dalam politiknya untuk menyerang Islam dan hudud itu. Soi Lek menjemput Najib merasmikan perhimpunannya dan lepas itu menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang hudud dan PAS. Dengan sendirinya ia menyerang dan menghina Islam.

Syukur orang Islam dapat mengawal sabar dan pendirian tidak bangun menyeru pejabat  MCA dan premis kepunyaan Cina. Tetapi ia telah mengguris perasaan orang Islam. Siapa yang dapat menghalang kalau ada orang Islam yang bangkit bertindak kasar kepada masyarakat Cina.

Walaupun ketiga anak Cina memunyai rasa setiakawan yang tinggi terhadap PAS yang ada pakatan dengan DAP, tetapi tindakan spontan mereka atas kecetekan Soi Lek  dan MCAnya adalah untuk mengelakkan ketegangan berlanjutan antara kaum di negara ini.

Bagi membendung api perkauman yang belum benar-benar padam, Sarena Tay menyeru orang Melayu beramai-ramai menyokong PAS. Jika orang  Melayu tidak lagi dalam UMNO, maka perkauman boleh diredakan. Tidak lagi orang yang hendak menyokong MCA. Jika MCA dapat dilumpuhkan, kuranglah puak yang berani mencerca  Islam.

Malaysia beruntung ada tiga Cina seperti itu dan orng seperti mereka dipercayai ramai.

Sumber Harakahdaily.


20121103 Beruntung @ Celaka Org. yg panjang umur - Ust Ibrahim


Khamis, 1 November 2012

20121031 Orang Beriman Umpama Se ekor Lebah - Ustaz Badrul Rahman


Sedikit Fakta Mengenai Telaga Zamzam


Posted by Ibnu Hasyim


Sumur Zamzam

CABANG ilmu geologi yang mempelajari tentang air adalah hydrogeologi. Sedikit cerita pra-Islam, atau sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Diawali dengan kisah Isteri dari Nabi Ibrahim, Siti Hajar, yang mencari air untuk anaknya. Tetapi cerita mengenai telaga ini tidak banyak, atau tidak ada ceritanya, sehingga sumur ini dikhabarkan hilang.

Sumur atau telaga Zam-zam yang sekarang kita lihat adalah sumur yang digali oleh Abdul Muthalib nenekn Nabi Muhammad SAW. Sehingga kini, dari “ilmu galian” maka sumur Zam-zam termasuk kategori sumur gali (Dug Water Well).

Dimensi dan Profil Sumur Zam-zam


Bentuk sumur Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.

Bentuk sumur Zam-zam

Sumur ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batupasir hasil transportasi dari lain tempat. Mungkin saja dahulu ada lembah yang dialiri sungai yang kini sudah kering. Atau dapat pula merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.

Mata air zamzam

Dibawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat lulus air (permeable). Lapisan yang sangat lulus air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di sumur Zam-zam.

Mata air zamzam

Kedalaman 17 meter kebawah selanjutnya, sumur ini menembus lapisan batuan keras yang berupa batuan beku Diorit. Batuan beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di Indonesia atau di Jawa, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bahagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air. Dulu ada yang menyangka retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada barangkali laporan geologi yang menunjukkan hal itu.

Dari uji pemompaan sumur ini mampu mengalirkan air sebesar 11 – 18.5 liter/detik, hingga permenit dapat mencapai 660 liter/menit atau 40,000 liter per jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan panjang 75 cm dengan ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.

Keterangan geometris lainnya, celah sumur dibawah tempat Thawaf 1.56 m, kedalaman total dari bibir sumur 30 m, kedalaman air dari bibir sumur = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar sumur 17 m, dan diameter sumur berkisar antara 1.46 hingga 2.66 meter.


Air hujan sebagai sumber berkah

Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas cekungan yang mensuplai sebagai daerah tangkapan ini seluas 60 Km2 saja, tentunya tidak terlampau luas sebagai sebuah cekungan penadah hujan. Sumber air Sumur Zam-zam terutama dari air hujan yang turun di daerah sekitar Makkah.

Sumur ini secara hydrologi hanyalah sumur biasa sehingga sangat memerlukan perawatan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualitas higienis air dan lingkungan sumur serta menjaga pasokan air supaya mampu memenuhi keperluan jamaah di Makkah. Pembukaan tanah untuk pemukiman di sekitar Makkah sangat ditata rapi untuk menghindari berkurangnya kapasitas sumur ini.

lokasi sumur Zamzam

Gambar diatas ini memperlihatkan lokasi sumur Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bagian tengah diantara perbukitan-perbukitan disekitarnya. Luas area tangkapan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat langka terjadi di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat khusus.

Telaga Zamzam ini, sekali lagi dalam pandangan (ilmiah) hidrogeologi , hanyalah seperti sumur gali biasa. Tidak terlalu istimewa dibanding sumur-sumur gali lainnya. Namun kerana sumur ini bermakna religi, maka perlu dijaga. Banyak yang menaruh harapan pada air sumur ini membawa berkah. Ada yang menyatakan sumur ini juga boleh kering kalau tidak dijaga.

Bahkan kalau kita tahu kisahnya sumur ini ditemui kembali oleh Abdul Muthalib (nenek Nabi Muhammad SAW) setelah hilang terkubur 4000 tahun (?). Dahulu diatas sumur ini terdapat sebuah bangunan dengan luas 8.3 m x 10.7 m = 88.8 m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini ditiadakan untuk memperluas tempat thawaf.

Sehingga tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 kran air (220 kran untuk lelaki dan 130 kran untuk perempuan), ruang masuk lelaki perempuan-pun dipisahkan.

Monitoring dan pemeliharaan sumur Zamzam

Kini bangunan diatas sumur Zam-Zam seperti gambar diatas itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah inipun sudah ditutup. Sehingga ruang untuk melakukan ibadah Thawaf menjadi lebih luas. Masih dapat  dilihat ada tanda dimana sumur itu berada. Sumur itu terletak kira-kira 20 meter sebelah timur dari Ka’bah.


Monitor dan pemeliharaan sumur Zamzam
 
Jumlah jamaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya 400,000 pertahun (ditahun 1970-an), terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jamaah pertahun di tahun 1990-an, Dan kini sudah lebih dari 2.2 juta. Tentunya diperlukan pemeliharaan sumur ini yang merupakan salah satu keajaiban dan daya tarik tersendiri bagi jamaah haji.

Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat diam pasrah saja membiarkan sumur ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah moden kini secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus mengurus sumur Zamzam ini. Memang Arab Saudi juga bukan sekedar percaya saja dengan menyerahkan ke Allah sebagai penjaga, namun justru sangat meyakini manusialah yang perlu memelihara berkah sumur ini.


Sistem Pompa

Pada tahun 1971 dilakukan penelitian dan kajian hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Hal ini dipicu oleh pernyataan seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar air limbah dan berbahaya untuk dikonsumsi. Tariq Hussain juga meragukan spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Sumur Zam-zam, kerana Makkah terletak 75 Kilometer dari pinggir pantai.

Ha ini akhirnya memacu pemerintah Arab Saudi untuk memperhatikan Sumur Zamzam secara moden. Masa ini banyak sekali bangunan baru yang dibangunkan disekitar Masjidil Haram, juga banyak terowong dibangun disekitar Makkah, sehingga sekarang pembangunannya perlu benar-benar dikontrol ketat kerana akan mempengaruhi kondisi hidrogeologi setempat.

Badan Riset sumur Zamzam yang berada dibawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk:
Memonitor dan memelihara jangan sampai sumur ini kering.
Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim yang mempengaruhi pengisian air.
Mengatur aliran air dari daerah tangkapan air (recharge area).
Memelihara pergerakan air tanah dan menjaga kualiti.
Meng-upgrade pompa dan tangki-tangki penadah.
Mengoptimasi supplai dan distribusi airZam-zam

Perkembangan perawatan sumur Zamzam.

Dahulu kala, zamzam diambil dengan gayung atau timba, namun kemudian dibangunlah pompa air pada tahun 1373 H/1953 M. Pompa ini menyalurkan air dari sumur ke bak penampungan air, dan diantaranya juga ke kran-kran yang ada di sekitar sumur zamzam.
Uji pompa (pumping test) telah dilakukan pada sumur ini.

Pada pemompaan 8000 liters/detik selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air sumur dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu pemompaan dihentikan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan sumur hanya dalam waktu 11 minut setelah pompa dihentikan. Sehingga mudah dipercayai suplai air ini berasal dari beberapa celah (rekahan) pada perbukitan disekitar Makkah.

Banyak hal yang sudah dikerjakan pemerintah Saudi untuk memelihara sumur ini. Antara lain..
 Membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). Kini telah membangun saluran menyalurkan air Zam-zam ke tangki penampungan yang berkapasiti15.000 m3, bersambung dengan tangki lain di bahagian atas Masjidil Haram guna melayani para pejalan kaki dan musafir.
Air Zam-zam juga diangkut ke tempat-tempat lain menggunakan truk tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.
Masa ini sumur dilengkapi dengan pam letrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump). Kita hanya dapat melihat foto-fotonya saja seperti diatas.
Disebelah kanan ini adalah drum hidrograf, alat perekaman perekaman ketinggian muka air sumur Zamzam (Old style drum hydrograph used for recording levels in the Zamzam Well).

Kandungan mineral

Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zamzam in memang unik mengandung elemen-elemen alamiah sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen kimiawi yang terkandng dalam air Zamzam dapat dikelompokkan menjadi..

Pertama, positive ions seperti misal sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).
Kedua, negative ions misalnya sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).

Molekul air zam zam

Kandungan-kandungan elemen-elemen kimiawi inilah yang menjadikan rasa dari air Zamzam sangat khas dan dipercayai dapat memberikan khasiat khusus. Air sudah siap saji yang bertebaran disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan air sudah diproses sehingga sangat aman dan segar diminum. Ada sudah didinginkan dan ada yang sejuk (hangat). Namun konon prosesnya higienisasi ini tidak menggunakan proses kimiawi untuk menghindari perubahan rasa dan kandungan air ini.

(IH)-ibnuhasyim.blogspot.com