Isnin, 28 Januari 2013

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Isu Kalimah Allah - 26 Jan 2013


Isu Nasha: Gugur Majlis Syura, Biasa.-Tuan Ibrahim



SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan  bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.

"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

 Nasharudin Mat Isa

Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.


Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan. Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat. Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.

Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.

"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang,  Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.

"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.
"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.(SH)

Rabu, 9 Januari 2013

80% Rakyat Malaysia Islam Tak Sembahyang - Ustaz Wadi Anuar [ 8 Januari 2013 ]



Do'a daripada Nabi saw yg dibaca Ustaz Wadi
kepada yang berminat boleh copy @ download


Sebahagian Video Kuliah Syeikh Solah - Di Surau Perwaja Gurun

Kuliyyah Sheikh Solah


Kelebihan Al Quran - Al Sheikh Solah Khalifah - 07 Januari 2013

Jema'ah sekitar Parlimen Jerai amat bertuah, kerana dapat menatap wajah ulama' dari dekat serta dapat bersalaman dengan Al Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah dari Jordan, iaitu semasa kunjungan beliau di Surau Perwaja, Gurun Kedah, pada hari Isnin 07 Januari 2013.








Walaupun beliau sampai lewat iaitu selepas sembahyang Isya.. yang sepatutnya beliau menyampaikan kuliyyahnya selepas maghrib... tetapi jemaah tetap menunggu kedatangan beliau dengan sabar.



Kunjungan beliau di temani oleh Ustaz Zaini ( pengkuliah bulan Surau Perwaja ) dan juga yang bertanggungjawab membawa ulama'-ulama' dari negara timur tengah.

  
Ustaz Zaini - Memperkenal Syeikh kepada Jemaah.. dan Ustaz Hashim (Penterjemah)

Biro Agama (Perwaja) En Azahari & En Roslan serta jemaah yang hadir 


Dan seterusnya beliau menyampaikan beberapa pesanan (kuliyyah maghrib) dengan tajuk " KELEBIHAN AL QURAN " dan di terjemah oleh ustaz Hashim...

Kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan hadir pada malam tersebut boleh dengar audio mp3 (dibawah) kuliyah tuan syeikh.. selamat mendengar... dan selamat beralamal...



Rabu, 2 Januari 2013