Bertempat Kediaman Hj Zainudin Bin Hj Hasan, ( Gambar atas ) Ketua PAS Cawangan Taman Gurun Jaya, pada 18 April 2014, ( Jumaat ) selepas solat Isya' Pas Cawangan ini berjaya menghidupkan kembali Usrah setelah sekian lama terhenti, hasil daripada usaha AJK yang baru dilantik maka Usrah 1/2014 berjaya dihidupkan kembali.
YBhg. Ustaz Idrus Ahmad (Gambar) Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai, telah dijemput untuk memberi taklimat serba sedikit keperluan dan pengertian Usrah, Serta memahami " ISTIQAMAH BERSAMA DENGAN PERJUANGAN ISLAM......... " beliau juga menjawab beberapa kemusykilan yang diajukan oleh ahli yang hadir.
Inilah Audio MP3 yang sempat dirakam untuk pendengaran Ahli-Ahli yang tidak berkesempatan menghadiri majlis usrah yang diadakan pada malam tersebut. Sekian.......