Rabu, 20 April 2011

Kuliyah Terbaru

Kuliah terbaru di Surau Perwaja dan Masjid Gurun

Penyampai : Ustaz Ghazali 
Kitab : Munyatul Musolli
Bab : Adab Berpakaian Ketika Solat
Tempat : Masjid Pekan Gurun
Tarikh: 19 April 2011

Nak dengar roll dibawah kanan blog dan klik play...

Untuk Download sila klik disini .... http://www.divshare.com/download/14615095-8eb

Penyampai : Ustaz Sharil Long
Kitab : Rowi
Bab : Surah Al-Fatihah ( Ayat 5 ) Politik Dalam Islam
Tempat : Surau Perwaja Gurun
Tarikh : 18 April 2011

Nak Dengar roll dibawah kanan blog ini dan klik play...

Untuk download klik disini....  http://www.divshare.com/download/14615673-61a


Sekian...

Khamis, 14 April 2011

Ibu Dan Bapa



Dari Aa Gim ( Ulama Indonesia )

Marilah sama-sama kita kenang orang yang paling baik dan paling berjasa atas hidup kita ini..

Hari berganti hari tak terasa usia kita kian dengan sedikit…
Mari kita kenang orang yang nun jauh disana… ibu bapa kita…

9 bulan kita di rahim ibu……
Walau pun berat ..tetap senyum bahagia menanti kehadiran kita di rahimnya..
Berdiri sakit….
Berjalan berat….
Berbaring juga sakit…… tapi rela..

Menjelang kita lahir ke dunia
Ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati
Mempertaroh nyawa agar kita hidup selamat..
Ayah membanting tulang agar kita punya biaya..

Alhamdulillah….. denga simbah darah, air mata, keringat… kita lahir selamat kedunia..
Tidak sedikit ibu yang meninggal saat melahirkan anaknya

Kenanglah  semasa kita bayi dulu…
Dipeluk…..
Dicium….
Dibelai….

Ibu rela tidak makan……. Agar kita makan…

Ingatlah sedang enak nikmat ibu menjamah makanan…. Kita menangis kerana lapar…. Atau membuang kotoran..
Tidak pernah jijik…
Dibersihnya kotoran kita dengan

Ayah mencari nafkahagar kita punya pakaian…
Semakin lama semakin membesar..
Berhutang kesana kemari agar kita bisa bersekolah…
agar kita punya baju… punya sepatu dan buku-buku…

walaupu ditagih kesana sini..
tidak sedikit orang tua yang telah terjerumus didalam membuat dosa..
agar anaknya bisa sekolah… punya pelajaran.. punya pengetahuan..

tapi apa yang kita lakukan.
Semakin membesar semakin kita….
Kita direndahkan harga diri ibu bapa kita…
Kita anggap orang kampungan yang ketinggalan.. tiada pelajaran.. kurang pengetahuan…
Kita mengarah umpama orang gajian…
Ibu patuh arahan tuan..
Tuan-tuan yang penah ia lahirkan…..

Kita sinis wajahnya yang kian mengendur….
Tidak sedikit hati ibu yang remuk….. hatinya kerana perlakuan anaknya…
Pada hal air susunya mengalir pada tubuh kita…
Pada hal darahnya mengalir pada tubuh kita..

Kini orang tua kita kian tua….. mata kabur… meraba-raba.. merata-rata..
Tidak tercium kebusukan hati kita…
Kita tidak tahu berapa lamanya lagi….
Kita bisa menatap wajahnya…. Kini..

Andai saat perpisahan kita..
Andai ibu dipanggil..
Andai ayah dipanggil pemiliknya..
Andai kata orang tua kita sudah terbaring menjadi kaku…… mayat..
Kita tidak lagi bisa mencium tanggannya…. Tangan  kasar… yang mengendong.. kita
Tidak bisa lagi menjawab salam..
Tidak bisa lagi membawa ole…ole..

Andaikata ibu bapa sudah dibungkus kain kafan..
Kita tidak akan biasa lagi menatap wajahnya..
Andaikata orang tua kita sudah di masuk kedalam liang lahat.. tanah menimbunya…..
Hanya tinggal batu nisan… atas namanya…
Yang kita raba… kita peluk…

Wahai saudaraku…
Tahukah bahawa anak yang derhaka pada orang tuanya ?
Didunia ini akan di dahulukan balasan oleh Allah…

Mengapa kita sering menderita…
Salah satu penyebabnya kerna kita sering derhaka
Air susu dibalas denga tuba..
Melayan kasih sayang….dibalas dengan sindiran..…..
Orang tua….. hati berbicara murka…

Ahad, 10 April 2011

Ceramah Serta Zikir, Doa Dan Munajat

Rakam Zikir Doa dan Munajat yang diadakan pada 9 April 2011 bertempat di Surau Perwaja Gurun, bersama Ustaz Badrul Amin.

Dibawah ini telah saya edit untuk pendengaran tuan-tuan dan yang ingin mendengar atau untuk simpanan boleh download mp3 klik dibawah:-
http://www.divshare.com/download/14530842-10c


Kepada yang ingin mendengar ceramah atau download mp3 boleh klik dibawah:-
http://www.divshare.com/download/14530932-bdd

Isnin, 4 April 2011

Bersama Ulama' Keturunan Rasulullah

Bersedekah

:: cina islam | 2011 ::

Dari: cina islam ( YB Dr Khalil Idham Lim )

Mungkin ada orang yang tidak mengetahui, amalan sedekah dalam islam adalah suatu amalan yang sangat terpuji. Sehingga ulama-ulama mengatakan bersedekah adalah sunat yang dituntut, wajar dilakukan oleh setiap muslim. Dan Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah.

Untuk pengetahuan muslim semua, ini pengalaman saya ketika saya menganut agama nenek moyang dahulu, orang-orang cina suka bersedekah kepada tokong-tokong mereka.

Kerana apa? Kerana orang-orang cina mempercayai bahawa sedekahnya itu akan menjadi berkat dan kekayaan mereka akan bertambah. Tidak kira tua atau miskin pun mereka tetap akan bersedekah walaupun seringgit atau dua ringgit. Bersedekah adalah menjadi amalan budaya orang-orang cina. Maka tidak hairanlah, kalau kita lihat kebanyakkan tokong-tokong cina di Penang semuanya berbesar-besar. Cuba anda semua lihat bertapa besarnya dan hebatnya bangunan seperti ‘Kek Lok Se’ di Air Itam. Semua itu dibangunkan dengan menggunakan duit sumbangan orang-orang cina. Dan sumbangan yang terbesar direkodkan adalah dari masyarakat negara cina itu sendiri. Malah setiap duit yang disedekah oleh mereka dicatat pada setiap tiang-tiang dan bumbung-bumbung bangunan. Untuk apa semua ini? Ini adalah untuk menunjukkan bahawa ini adalah amal jariah yang dilakukan oleh penderma. Dan setiap kali sami membaca doa, nama-nama yang menderma disebut sebagai tanda penghormatan. Bagi orang cina bersedekah adalah semacam periuk nasi mereka. Ketahuilah…!

Apa yang saya cuba membuatkan anda semua faham adalah amalan sedekah seharusnya mencontohi amalan seperti orang-orang cina yang menjadikan ia sebagai sebahagian budaya mereka. Budaya bersedekah harus diterapkan dalam setiap diri muslimin dan muslimat. Tidaklah kira tua atau muda, miskin atau kaya. Semuanya wajar bersedekah kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada muslim semua sekiranya kita melakukan sedekah. Allah berfirman dalam surah al-baqarah, ayat 261 iaitu,

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Lihatlah betapa ganjaran pahala yang banyak dijanjikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membelanjakan harta mereka itu ke jalan Allah SWT. Allah mengumpamakan setiap seringgit yang kita sedekahkan kepada orang-orang yang layak menerima sedekah di dalam jalan Allah, akan seperti sebiji benih yang ditanam akan tumbuh menjala tangkai-tangkai pokok itu memperolehi hasil-hasil daripada tanaman itu. Begitulah lebih kurang maksud ayat di atas. Apabila kita bersedekah kepada anak-anak yatim umpamanya, setiap wang ringgit yang dibelanjakan dan barangan keperluan digunakan oleh mereka, kita yang menyumbangkan itu akan memperolehi keuntungan ganjaran pahala dari Allah SWT. Setiap satu atau setiap sen yang kita sumbang akan mendapat kepujian dari Allah SWT. Tidakkah mahu kita mengejar semua itu yang terbukti dan ternyata disebut dalam al-quran? Kita sebagai muslim yang percaya dan yakin dengan kepercayaan kita sewajarnya sekurang-kurang menghayati ayat di atas dan cuba hulurkan sedekah walaupun ianya sedikit.

Pernah saya ditanya oleh seorang hamba Allah, adakah sedekah ini hanya dalam bentuk wang ringgit dan kebendaan sahaja? Saya kata tidak. Sedekah itu banyak bentuknya. Di antara bentuk sedekah yang disebut oleh Nabi SAW ialah,

Dari Abu Dzar al-Ghaffari r.a., Nabi SAW bersabda:

“Pada setiap hari yang disinari oleh cahaya matahari, diwajibkan bagi setiap orang bersedekah untuk dirinya sendiri.”

Lalu saya bertanya : “Ya Rasulullah, dari mana saya dapat menunaikan sedekah itu, padahal kami tidak mempunyai harta?”

Nabi menjawab : “Karena di antara pintu-pintu sedekah ialah membaca takbir, subhaanallah, alhamdulillaah, laa ilaaha illallaah dan astaghfirullaah. Juga bila anda menyuruh berbuat baik dan mencegah yang jahat, menghindarkan duri, tulang dan batu dari tengah jalan, membantu orang yang buta, mengajar orang tidak tahu membaca dan bisu hingga orang itu pandai, menunjuk orang yang menanyakan sesuatu keperluan yang anda ketahui tempatnya, dengan kekuatan berjalan membantu orang yang malang meminta tolong, dan dengan kekuatan lengan mengangkat barang orang yang lemah, semua itu merupakan pintu-pintu sedekah, yakni dari dirimu untuk dirimu sendiri. Juga dalam mencampuri isterimu, kamu akan beroleh pahala”.

Riwayat Muslim dan Ahmad

Jadi, inilah bentuk-bentuk sedekah yang boleh disumbangkan oleh kita walaupun kita adalah orang yang tidak berupaya mengeluarkan wang ringgit mahupun barangan. Walaupun dengan perkataan yang baik-baik itu juga disebut sebagai sedekah dan sudah memadai.

Namun kita perlu berhati-hati ketika melakukan amal ibadah bersedekah ini. Perlu dijaga tata tertib kita ketika bersedekah. Orang yang bersedekah dinasihati supaya jangan mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut sehingga didengari oleh orang yang menerima sedekah itu. Sehinggakan menyakiti hatinya dan berbangga-bangga dengan sedekahnya. Dan paling jelik sekali ialah bersifat riak dengan sedekahnya itu, bertujuan menunjuk-nunjuk keupayaannya dan bongkak dengan hartanya yang banyak. Orang-orang seperti ini dilaknati dan tidak sukai oleh Allah SWT. Akan terbatal pahala amalan sedekahnya. Malah mendapat dosa besar kerana menyakiti hati sipenerima. Ini adalah sesuatu perbuatan yang seharusnya tidak wajar berlaku bagi seorang pemberi sedekah sama ada bercakap dari belakang, tetap terbatal amalan pahala sedekahnya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang diucapkan mahupun diucapkan di dalam hati. Allah SWT berfirman….

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir

Apa yang patut dan mampu kita sumbangkan kita lakukan dengan niat yang ikhlas.. Bersedekah mengikut kemampuan kita dapat menghindari dari mengungkit-ungkit kerana itu adalah harta lebihan setelah menolak sedekah keatas dirinya, isteri dan anak-anaknya dan kaum kerabatnya. Setelah selesai itu, maka barulah disedekah wang lebihan itu kepada orang yang memerlukan saja jika mampu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tiga golongan manusia yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak akan dipandang dan tidak akan dihargaiNya, serta bagi mereka disediakan siksa yang pedih”. Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?”

Jawab Nabi “Orang yang berbangga-bangga dengan pakaiannya, orang yang menyebut-yebut pemberiannya dan orang yang menawar-nawarkan barang dagangannya dengan sumpah palsu”.

Maka janganlah kita tergolong dalam sifat-sifat yang seperti di atas. Adab bersedekah harus dijaga ketika bersedekah. Jangan mengungkit-ungkit sehingga menyakitkan hati orang yang menerima. Kalau rasa tidak mampu bersedekah atau tidak bersedia, maka jangan sekali-kali memaksa diri untuk bersedekah. Kerana itu boleh menyebabkan penyakit ungkit-mengungkit dalam hati kita.

Alhamdulillah, setakat ini mampu saya mengongsi pendapat dan pandangan saya tentang amalan bersedekah ini. Saya rasa amat penting setiap orang muslim bertanya untuk diri sendiri, adakah saya sudah bersedekah? Jika belum, lakukanlah sekarang, mulai hari ini. Terutama pada bulan Sya’ban & Ramadhan, bersedekah dalam bulan ini sangat baik kerana dijanjikan amalan pahala yang banyak, insyaAllah, kalau kita niat kerana Allah SWT. Oleh itu, bagi yang mampu, mulakanlah sedekah anda dengan menyumbang walaupun seringgit kepada tabung anak yatim, Masjid atau mana-mana yang memerlukan sumbangan kita. Semoga apa yang disumbangkan itu membawa berkat pada anda semua. InsyaAllah.

Wallahu a’lam

Ahad, 3 April 2011

WANITA & KUBUR...




Oleh : Zamri Keciks


1.   Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut , jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 , 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 , 000 kejahatan.

3.  Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.  Apabila telah lahir anak lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.  Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.  Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah , akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.  Barangsiapa membawa hadiah , (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka , barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10 , 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa bulan ramadhan , memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 , 000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata , "Aku bertanya kepada Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah , "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah , "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu , maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya , semua ikan-ikan di laut , burung diudara , malaikat di langit , matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab , maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi , janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil : Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap : Maka teranglah aku dengan selalu solat malam