Khamis, 26 Februari 2015

Selasa, 17 Februari 2015

Ujian sakit.....

Kepada penjenguk blog ini terlebih dahulu ana mohon maaf kerana sudah lama tidak bersiaran.... untuk pengetahuan tuan/puan semua sememangnya semangat untuk menghadiri kuliyah disekitar Gurun begitu mendesak saya.. tapi apakan daya kehendak Allah SWT telah mengatasi segala galanya...

Oleh kerana kawasan kediaman ana adalah kawasan yang menjadi perhatian kerana kawasa "DENGGI"... ana yang demam 3 hari tidak juga kebah...walaupun sidah ambil ubat di Kelinik Swasta....

8 Februari 2015 9:00 malam ana rujuk di Hospital Yan...darah diambil...keputusan ok clear... tapi darah perlu diperiksa setiap hari... ana hanya diberi ubat demam sahaja...

Pada 9 Februari 2015, jam lebihkurang 10:00 pagi semasa di Kelinik Kesihatan Bandar Alor Setar (Hospital lama) semasa menerima rawatan demam yang tidak kebah.. tiba-tiba ana pengsan dihadapan Dr...

Kemudian saya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah ( wad kecemasan )darah diambil selang beberapa jam..... beberapa Dr datang berjumpa dengan bertanya bermacam-macam soalan yang sama iaitu bagaimana boleh pengsan.

Dr. memberitahu saya terpaksa ditahan di wad.. tapi tiada kekosongan katil.... maka mereka mencadangkan supaya saya ditempatkan di Kelinik Kesihatan Bandar...

Maka rehat saya diKelinik tersebut selama 3 hari.... pagi.. petang...dikunjungi Dr...darah diambil...diambil....diambil.. entah berapa kali.... air ditambah entah berapa botol....

11 Februari 2015,  jam 5:30 petang saya dibenarkan pulang.....
apabila berjalan ana masih lagi terhoyong hayang tidak berapa stabil..
Ana berehat dirumah sahaja... sehingga 16 Feb. 2015...

Alhamdulillah hari ini 17 Februari 2015, Selasa saya mula bekerja......

Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada petugas-petugas Kelinik Kesihatan Bandar, kerana melayan pesakit seperti ana dgn begitu baik sekali.. kemesraan tuan/puan tidak saya lupa...
Tidak lupa juga kepada Isteri dan anak-anak abah.....yang sabar melayan abah...


Sekian....B&A..

Mantan Paderi Khatolik - Tn. Ayob Abd Rahman

Tazkirah Subuh
Masjid Jame' Pekan Gurun Kedah
30 Januari 2015 - Jumaat

Kunjungan beliau ke Masjid Jame' Pekan Gurun, dengan di temani
oleh Ustaz Abdullah Din yang bergerak aktif menentang syiah.... 
Beliau (Tn. Ayob Abd. Rahman) menerangkan bagaimana peranan yang dimainkan oleh mubaligh Kristian dengan cara halus didalam 
menyesatkan umat islam...

Khamis, 5 Februari 2015

Kejahilan Induk segala Kesalahan - Tn. Syeikh Yusof

Ceramah Perdana
Surau Perwaja Gurun Kedah
29 Januari 2015 -  Khamis
" Nikmat Mendapat Petunjuk "
Kebanyakan Manusia Tiada Ilmu "