Khamis, 20 Disember 2012

DR.ABDUL BASIT Tajuk : Rasulullah S.A.W Disayangi Bukan Dibenci


Cradit to : D.K.S. Dokumentari Kuliah

Oley 2 Episod 1


 Terbitan : DPPMalaysia 

Pelakon Mustapha Kamal Sertai PKR?



Mustafa Kamal (kanan) bersama Rafizi PKR di Pandan.

SEORANG pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi. Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.


Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan. Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.


Dari kiri, Adnan Ibrahim, Mohd Rafizi Ramli, Ibnu Hasyim & Tuan Junuh Tuan Lembut.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie. Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya... Silakan Mustapa, jemputlah sertai Pakatan Rakyat!

Sumber : ibnuhasyim.blogspot.com/

Khamis, 13 Disember 2012

20121212 Lidah - Ustaz Sheik Fisol Hj Omar


Mengembara Mencari Tuhan. Akhirnya Bertemu...


Beliau...

SUATU hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Jiwanya mula mengembara.

Sebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar kekayaan, wang dan harta...  Bukan sebagai erti dan tujuan kehidupan yang difahami umum di barat. 

Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih ini memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahami berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras. 

Rabu, 12 Disember 2012

Wajah Sebenar SPRM

Kekalutan Politik yang berlaku ini saling tak tumpah macam filem Hindu (Tamil India)..

HEBAT..HEBAT...HEBAT 1MALAYSIA
Bersama kita tontonkan
Bersama kita fikir fikirkan
Bersama  jua kita menilaikan

HEBAT..HEBAT...HEBAT 1MALAYSIA
Gunalah akal yg di anugrah Allah SWT
Tepuk dada tanya iman....
Tetapkan pegangan dan pendirian

HEBAT..HEBAT...HEBAT 1MALAYSIA
PRU13 bersama kita nantikan kehadiran
Tangan yang lemah disandarkan harapan
memberi jawapan untuk masa hadapan
Bukan untuk Tok Wan
Tapi untuk cucu cucu Tok wan
HEBAT..HEBAT...HEBAT 1MALAYSIA


Selasa, 11 Disember 2012

20121210 Piagam Madinah - Dato' Taib Azamuddin



Tabik... Tan Sri...


Bukti tangan ghaib yang mencampuri urusan polis...
yang selama ini di nafikan.....


RM11J, Bolehkah Kes Rasuah Bongkarkan Kedah?



Pemuda PAS Kedah menunjukkan salinan laporan SPRM yang mereka buat

ALOR SETAR: Bolehkah kes rasuah ini bongkarkan Kedah, dan sekali gus melenyapkan harapan BN tawan semula negeri itu? Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna kuasa dalam Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) ketika zaman BN dahulu. 

Ianya berkait kegagalan YIKed di bawah BN menyelesaikan masalah tanah sehingga disaman RM11 juta dan terpaksa ditanggung oleh pentadbiran Kerjaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang ini. Penyerahan dokumen dan laporan itu diketuai Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya di pejabat SPRM negeri di sini pagi ini.

Turut serta Naib Ketua Ahmad I'zat Mohamad Shauki, Ketua Penerangan Nasir Zakarian dan beberapa exco yang lain. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco Datuk Ir Amiruddin Hamzah turut mendedahkan perkara tersebut ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.

Ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah baru-baru ini, Azizan turut membangkitkan hal ini. "Masa kita bukan sahaja habis untuk mentadbir negeri tetapi juga membersihkan najis-najis yang ditinggalkan kerajaan dahulu," kata Ustaz Azizan. 

Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ianya ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.

Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.

Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar Southern finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah. YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga Ogos 2013.

Sumber : ibnuhasyim.blogspot.com/

Isnin, 10 Disember 2012

20121209 Keluasan ber JIHAD - Ustaz Badrol Amin


Pemimpin Hamas Ditakuti, Siapa & Mengapa?


HAMAS merupakan sebuah organisiasi yang ditakuti oleh negara Israel. Hamas berjuag di atas dasar Islam yang sekai gus tetap memperjuangkan kebebasan tanah Palestin agar tidak dijajah oleh Israel. Perjuangan atas dasar Islam tetap memberi kemenangan samada di dunia atau di ahirat sebagai syuhadak. Rugilah mereka yang bejuang  di atas nama kebangsaan asobiah atau untuk negara kebangsaan semata-mata bukan untuk menegakkan negara dan syariat Isam di atasnya

Bila berjuang dan berjihad kerana Allah maka lahirlah ketakutan dari musuh-musuhnya kepada pendokong-pendokong Agamanya. Beberapa pemimpin Hamas  yang sangat ditakuti musuh Allah saperti Israel dan Amerika Syarikat (AS). Siapa dan mengapa? Antaranya ialah...

1. Syekh Ahmad Yasin 


Syekh Ahmad Yasin atau Ahmad Ismail Yasin pemimpin spiritual Palestin. Dia lahir di Desa al-Jaurah, sebuah perkampungan dengan Jalur Gaza pada 1 Januari 1938. Di usia kanak-kanak, dia dan keluarganya telah menjadi pelaian sebab pecah perang antara dunia Arab dengan Israel.

Saat remaja, Syekh Ahmad Yasin telah mengalami kelumpuhan sebab salah dalam melakukan kegiatan sukan. Tidak hanya lumpuh, dia menjadi buta namun ini tidak mengurangi semangatnya untuk belajar. Kecerdasannya membuat ia mampu menyelesaikan sekolah dengan baik bahkan diterima di Universitas Al Azhar, Ibu Kota Kairo, Mesir. Tetapi tidak  sampai tamat kerana keadaan fiziknya.

Dia mendirikan organisasi Harakatul al-Muqawamah al-Islamiyah atau Hamas. Dari atas kursi rodanya, dia mampu membangkitkan semangat rakyat Palestin untuk melawan Israel. Suaranya parau tapi mampu mengubah batu menjadi senjata AK-47 yang menghancurkan kendaraan Zionis.

Israel atau negara Bintang Daud itu takut padanya, takut pada kalimat-kalimat serta pemikirannya, menggerakkan puluhan ribu warga Palestin untuk melawan Israel. Syekh Ahmad Yasin menjadi target pembunuhan utama. Dia terbunuh pada 2004 oleh tiga roket Israel saat pulang dari shalat subuh di masjid setempat.

2. Abdul Aziz Rantissi


Abdul Aziz Rantissi merupakan sohib kental Syekh Ahmad Yasin. Bersama, keduanya mendirikan organisasi Harakatul al-Muqawamah al-Islamiyah atau Hamas. Jika otak utama Hamas adalah Yasin, Rantissi dikenal jurucakap anti-kompromi dengan Israel. Dia bahkan menentang dan memutuskan diskusi dengan Perdana Menteri Palestin Mahmud Abbas yang menyerukan gencatan senjata dengan Negara Zionis itu.

Saat sahabat terdekatnya, Yasin, terbunuh,. Rantissi maju menjadi pemimpin Hamas. Dia memanggil ribuan pendukungnya di Gaza dan mengumumkan perang dengan Israel dan sekutunya, AS. Dia pernah mengatakan, jika perlu memilih mati sebab ditembak Israel atau berpenyakit jantung, ia memilih yang pertama. Kata-katanya terbukti. Tak lama setelah kematian Yasin, Rantissi dihabisi Angkatan Pertahanan Israel dengan berondongan peluru.

3. Yahya Ayyas


Yahya Ayyas lahir di Kota Rafah, Palestin, pada 6 Mac 1966. Dia masuk dalam barisan Brigade Ezzul Deen Al Qassam, kelompok sayap Hamas. Dia lulus dan mendapat gelar sarjana elektro dan menjadi otak dibalik pembuatan senjata serta bom kelompok itu.

Ayyas sangat ditakuti Israel sebab keahliannya merakit bahan peledak itu. Senjata ciptaannya telah membunuh ratusan tentara dan awam Zionis. Ayyas terbunuh oleh Agen  Israel bekerjasama dengan salah satu anggota Hamas yang belot. Dia meledak bersama telefon yang ternyata adalah bom.

4. Syekh Izzudin al-Qassam
Syekh Izzudin al-Qassam


Syekh Izzudin al-Qassam salah satu tokoh utama pergerakan pembebasan Palestin dan dunia Arab. Dia pencetus kalimat, umat Islam wajib membantu diri mereka sendiri sebab tidak ada orang lain bakal membantu. Namanya diabadikan menjadi kelompok sayap Hamas kerana pandangannya banyak mempengaruhi ribuan pemuda muslim untuk mengikuti jalannya.

Syekh al-Qassam berhasil mencerahkan para pemuda untuk bangkit sedar politik dan perlawanan bersenjata sebagai bahagian dari perjuangan seorang muslim melawan penjajahan barat.


5. Ahmad Said Khalil al-Jabari
Ahmad Said Khalil al-Jabari


Nama lengkapnya Ahmad Said Khalil al-Jabari. Dia pemimpin sayap Hamas kemarin terbunuh oleh roket Israel. Dia garda depan perundingan pertukaran tawanan Palestin dengan tahanan Zionis. Sebagai ketua tertinggi berigade paling ditakuti Israel, dia menjadi target utama pembunuhan oleh Agen Rahasia Israel Mossad.

Kemampuan al-Jabari dalam memimpin sayap militer Hamas ini dengan cepat berkembang dan dalam waktu singkat kelompok masih berupa milisi menjadi semi militer dengan lebih dari 10 ribu pasukan yang terbagi dalam tugas dengan tingkatan tertentu. Setiap tugas dan tingkatan ini dimaksimalkan pada unit-unit khusus. Dia juga membangun beragam gudang senjata untuk Brigade Izzuddin Qassam dan sebahagian senjata itu diproduksi sendiri, persis kehebatan pendahulunya, Yahya Ayyas.

Perlahan tapi pasti, al-Jabari menjadi masalah terbesar Israel. Dengan serangkaian bombardir dilancarkan minggu lalu, pemimpin itu akhirnya tewas dengan roket ditembakkan pasukan Zionis.

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti (IbnuHasyim.blogspot.com/Pelbagai sumber)