Khamis, 3 Mac 2011

BAHRU AL-MADZI

BER'AMAL DENGAN IKHLAS ITU DISURUH OLEH SYARA' KITA


Kerana ialah ikatan yang kukuh dan puncak yang tinggi, maka telah berfirman Allah Ta'ala di dalam al-Quran:

Ertinya : Dan tiada disuruh sekelian kamu melainkan berbuat 'ibadat akan Allah hal keadaannya ikhlas mereka itu pada 'ibadatnya, baginya agama yang betul. ( Surah Al-Baiyinah: Ayat 5 )

Maka ialah wasilah bagi sah iman san "amal-'amal semuanya dan ialah sering ditaruh  didalam segala hati wali-wali dan orang - orang berdamping diri kepada Tuhan. Dan jauh daripada hati meraka itu perintah syaitan dan jalanya. dan berfirman Tuhan lagi:

Bukankah bagi Allah itu agama yang bersih yang hilang daripadanya campurannya yang ada padanya. ( Surah Az-Zumar :Ayat 3 )

Dan firman Allah Ta'al:

Melainkan orang-orang yang taubat mereka itu dan berbuat baik dan bergantung mereka itu dengan agama Allah, dan ikhlas mereka itu akan agamanya kerana Allah. ( Surah An-Nisa' : Ayat 146 )

Maka taubat itu awal maqam daripada segala maqam yakin, dan ikhlas itu kesudahanya.

Dan lagi firman Allah Ta'ala:

Ertinya : Maka siapa ada harap jumpa Tuhannya, maka hendaklah ia ber'amal akan 'amal yang soleh dan jangan sekutukan berbuat 'ibadatnya akan seseorang. ( Surah Al-Kahfi :Ayat 110 ) 

Sunguhnya turun ayat ini pada orang yang ber'amal kerana Allah, dan suka ia bahawa dipujinya atasNya.

Dan telah bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tiga perkara tiada dengki atasnya oleh hati laki-laki orang yang islam,

Pertamanya : Ikhlaskan 'amal kerana Allah
Keduanya : Nasihat bagi pemerintah-pemerintah sekelian orang islam.
ketiganya : Tiada berlekangan daripada jamaah muslimin.

Dan telah berkata baginda "Ali Karramallahu wajhah :
Tak usahlah kamu pedulikan sedikit 'amal, dan ambil peduli dan ambil berat akan qabulnya di sisi Allah, kerana bahawasanya  Nabi saw telah bersabda ia bagi Mu'adz Bin Jabal  Radhiyallahu 'anhu : Ikhlaskan oleh mu akan 'amal nescaya memadai akan dikau sedikit daripadanya.


      Bersambung......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan