Selasa, 30 April 2013

Wahai anakandaku, pulanglah awal




30 Apr 2013

Ayahanda ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah anakanda sedar mengapa manusia sering menelan air liur?

Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?

Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari aleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.

Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan ber-asarkan air liur yang ditelannya.

Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 kali sehari? Tujuannya mungkin adalah untuk kita menelan air liur yang baik yang menenangkan untuk 5 kali sehari. Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.

Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu.

Wahai anakanda,

Anakanda sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran.

Ekoran itu, anakanda tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar tradisional dan TV.

Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi ayahanda. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita.

Generasi ayahanda terkena racun air liur bahawa BN ialah tempat kami bernaung dan mencari makan. Tanpa BN habislah rezeki kami. Kami diracunkan sehingga sebegitu rupa sehingga terlupa bahawa rezeki datangnya dari Allah. Ada antara kita yang menganggap BN lebih besar daripada segalanya.

Namun itu sangat berbeza di generasi anakanda. Generasi anakanda tidak terkena racun ini. Air liur beracun yang cuba dihasilkan di mulut anakanda melalui akhbar-akhbar dan TV milik kerajaan gagal berlaku kerana anakanda ada internet sebagai sumber mencari kebenaran.

Oleh itu, dakyah kerajaan tidak terkena pada generasi anakanda. Generasi anakanda lebih sedar mengenai situasi negara kerana maklumat di hujung jari. Oleh itu, anakanda perlu menjadi agen perubahan dengan memberikan penawar kepada generasi ayahanda.

Generasi ayahanda perlu disembuhkan. Cara paling berkesan untuk menawarkan racun air liur berdekad yang ditelan kami ialah penerangan daripada anakanda menggunakan fakta dan hujah. Generasi ayahanda perlu dididik mendapatkan sumber maklumat kedua melalui teknologi-teknologi terkini. Diharap anakanda dapat memikul tanggungjawab ini.

Wahai anakanda,

Pulanglah mengundi kali ini. Ajaklah sahabat-sahabat anakanda untuk pulang ke kampung bersama untuk mengundi. Selain mengundi, anakanda boleh meluang masa dengan bonda dan ayahanda. 
Baliklah awal sehari dua untuk memberikan penawar kepada kedua-dua orang tuamu. Yakni, anakandalah penawar racun air liur terbaik untuk mereka terkena dakyah kerajaan di akhbar-akhbar dan tv perdana.

Sekian itu sahaja anakanda untuk kali.

Ayahandamu.
Senyum.
Ini KALI-Lah.

HarkahDaily/...

Isnin, 15 April 2013

Jika menang, Husam mahu TG Nik Aziz jadi imam di Putrajaya


Harakahdaily,
14 Apr 2013
(Penyataan Husam di facebook yang mendapat sambutan hebat)

PUTRAJAYA: "4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat semula. Ketika itu, kita tidak tahu siapa akan memerintah.

"Jika diberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Imam untuk solat Jumaat."

Itulah kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang bakal bertanding di Putrajaya kali ini.


“4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat. Sekiranya saya berjaya tawan P-125 Putrajaya & Pakatan Rakyat berjaya tawan Malaysia, saya akan pastikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Imam untuk Solat Jumaat selepas kemenangan,” katanya.

Kata-kata Husam disambut dengan hebat oleh warga maya di Facebook. Di laman Page Rasmi P-125 Putrajaya, kata-kata itu mendapat 1,707 Likes dan 133 shares.

Keratan kata-kata Husam kemudian menjadi viral di Facebook dan dishare di pelbagai segmen komuniti.

“Doakan ia menjadi kenyataan,” ialah kata-kata yang ditulis sebagai membalas harapan Husam.

“Tak sabar nak solat belakang Tok Guru... moga2 statement ni akan menjadi kenyataan..semangat Putrajaya nanti disinari dengan majlis ilmu insya'Allah amin,” tulis Fastaqim Kama Umirta di laman Facebook Harakahdaily.

Peminat Facebook Ustaz Tuan Ibrahim pula menulis: “Amin.. perkenankanlah Ya Allah…”tulis Marley Zane.

Di Facebook Ustaz Nasrudin Hassan pula, peminat Jatt Omar menulis, “Kami doakan agar TGNA boleh menjadi imam dimana2 tanpa ada halangan.....kita sebagai pengundi harus jalankan tanggungjawab ini.”

Marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawab untuk memastikan harapan ini terjadi.
PERINGATAN: Komentar (Sumber : Hrkh)

Isnin, 8 April 2013

Ustaz Ibrahim Othman - Tidak Sah Iman Dgn Bertaklik Buta 6 April 2013


Apa Ertinya Aku Menganut Agama Islam - Ustaz Fikri 02 April 2013


Nik Aziz: UMNO.. Nok Buleh Pahalo Macam Mano, Sebab...


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersikap seperti 'Tuhan' ekoran dakwaan Mursyidul Am Pas itu bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya parti itu menolak Islam.
Beliau berkata, fatwa songsang Nik Abdul Aziz yang menggelarkan dirinya sebagai tokoh agama di dalam Pas itu amat mengecewakan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, kenyataan tersebut telah disanggah oleh ramai tokoh agama termasuk mufti-mufti, malah ramai umat Islam tahu hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan amalan seseorang itu diberi balasan pahala atau dosa.
''Kalau solat yang dianggap sebagai tuntutan agama dikerjakan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik dikatakan oleh Pas tak dapat pahala, ini semacam mengatasi Tuhan.

''Yang nak beri pahala dan dosa itu bukan dia tetapi dia dah hukum macam tu,'' katanya dalam sidang akhbar selepas program turun padang di sekitar Kondo Rakyat Desa Pantai, Lembah Pantai di sini hari ini 6 April.
Berikut adalah jawapan dari TG Nik Aziz mengenai tuduhan daripada Timbalan Pengerusi BN Pusat ke atas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam kempen BN sempena PRU-13 itu..

Saksikan apa penjelasan video TG Nik Aziz mengenai perkara ini..
(Diangkat dari Blog Anak Sungai Derhaka)



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Klik..TPM Tuduh PAS, Parti Ajaran Sesat... UMNO Tiada Kafir...