Khamis, 10 Mac 2011

Selawatkan Nabi itu beberapa banyak faedah ( Kelebihan )

Telah terhimpun sebutannya da dalam kitab at-Targhib wa at-Tarhib iaitu katanya :
Bermula segala faedah yang diharapi dan perbendaharaan yang tersimpan daripada selawat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut:

1. Telah memberi khabar kepada kita oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam didalam segala hadithnya bahawasanya faedah selawatkan atasnya itu sekali selawat iaitu di terima Allah atas orang yang selawat itu dengan beberapa rahmatNya. dan dibanyakannya turun atasnya segala kahairatnya,  dan dikurniaNya daripada segala ni'matnya sekali mengucap itu dengan sepuluh kali seumpamanya daripada Allah 'azza wajalla, yakni selawat Allah atasnya sepuluh kali.

Selawat atas Nabi itu dapat beberapa kebajikan, dan diangkatkan beberapa darjatnya, dan dihapuskan segala kejahatannya. telah berfirman Allah Ta'ala:


مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُ ۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَا‌ۖ

Ertinya: Siapa datang ia dengan satu kebajikan, maka iaitu ada balasnya baginya sepuluh umpamanya. ( Surah Al-An'am : Ayat 160 )

3. Jika orang yang selawat atas Rasullallah Shallallahu 'alaihi wasallam seratus kali, nescaya mencapai ia akan syahadah iman yang secukupnya, dan mencapai ia akan kebenaran orang-orang soleh, dan tetap hatinya atas masa ke hadapannya berbahagia dunia akhirat. dan disukakan dia dengan kebajikan, dan bekemenangan di dalam hayatnya, dan ditulis Allah antara dua matanya kelepasan daripada munafiq dan daripada api neraka.

4. Orang yang meninggalkan selawat atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam itu orang yang rugi, dan orang yang menyesal kemudian harinya, dan orang yang zalim akan dirinya dengan sebab ingkarnya, dan yang jauh tempat tinggalnya daripada berhampiran dengan orang-orang soleh.

5. Orang yang selawat dan salam atas Rasullallah Shallallah 'alaihi wasallam itu dibilang dia di dalam shaf orang yang mendamping diri lagi diredhai Allah daripada mereka itu., dan patut di kumpulkan di dalam kumpulan mereka itu, dan telah mengambil janji ia daripada Allah akan janji yang betul, iaitu firmannya :

Siapa salam atasmu, nescaya salam Aku atasnya.
   
6. Selawatkan atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam itu sebandingan pahalanya dengan pahala memerdeka orang-orang, dan melepaskan orang tawanan, maka hendaklah jadi kamu baginya sebandingan sepuluh kemerdekaan.

7. Selawatkan atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam mengakukan syafa'atnya 'alaihi as-Shalatu wasallam bagi yang selawatnya dan mendatangkan baginya tetap hati, dan diseimpa baginya pahala.

8. Selawatkan atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menyertai akan dia oleh malaikat rahmat, berteman dengan dia pada pagi dan petang, mendo'akan baginya dan mencita baik baginya, dan mintakan baginya kebahagian selama ia selawat atas penghulu kita Rasulallah Shallallahu 'alaihi wasallam.

9. Selawatkan atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam itu daripada orang Islam yang berdiri dengan dia malaikat yang tertentu menyampaikan dia kepada Rasulallah Shallallahu 'alaihi wasallam.

10. Orang yang selawatkan Nabi dan salamnya atas Rasullallah Shallallahu 'alaihi wasallam dimuliakan dia bercakap dengan diri Nabi, dan ditinggalkan dia dengan berkata-kata sama hadrat Nabi yang pilihan. Dan diizinkan Allah bagi kekasihnya 'alaihis shalatu wasallam menjawab salamnya dengan sendirinya dan diberi akan dia oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala akan qudrat bercakap sebagaimana ada ia pada masa hidupnya. Dan diberi akan dia boleh bersemulut, dan disukakan dia boleh membalas dan menjawab atas tiap-tiap seorang daripada umatnya, dan dipindahkan dia oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada berhabis pada memuji dan memandang Dzat yang tinggi sampai menjawab salam atas orang yang memberi salam.

11. Selawat atas Rasullallah Shallallahu 'alaihi wasallam itu melepaskan bala dan menghilangkan dukacita dan menjauhkan susah hati dan meluaskan rezeki dan menghapuskan kesalahan.

12. Selawat  Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam seribu kali itu menerangkan hati dengan iman, dan melapangkan dada dan membawa kepada membanyakkan ta'at akan Allah Subhanahu wa Ta'ala. dan membanyakkan daripada amal yang solah hingga melihat ia akan tempat duduknya syurga.

13. Wirid daripada selawat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam itu membasuh dosa dan menghapuskannya.

14. Selawatkan  Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam itu menjadikan tidak berhajat kepada sedekah dan berdiri pada tempat ihsan dan berbuat baik.

15. Selawatkan  atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pada hari juma'at itu berganda-ganda pahalanya dan hadir akan dia oleh malaikat ar-Rahmat.

16.  Selawatkan  atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam itu menghampirkan dii berhampirann dengan Rasulullah dan menjadi akan tempat tinggal di dalam syurga itu berhampiran dengan dia dan di kelubungi akan orang yang selawat itu oleh Allah dengan RahmatNya dan ditambahnya daripada segala ni'matNya.

17. Telah memberi tunjuk akan dikau oleh Rasulullah Shallallhu 'alahi wasallam kepada lafaz boleh dihafaz atasnya jadi wirid pagi dan petang, supaya jadi menurut kehendakmu satu jumlah daripada malaikat yang jadi tukang pendaftar Allah, ditulis mereka itu akan pahalanya di sisi Allah di dalam daftarnya.

18. Ditunjuk akan dikau  Rasulullah Shallallhu 'alahi wasallam apabila berjumpa taulanmu, mahulah memuji kedua-duamu akan Allah dan selawat kedua-dua kamu atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam supaya jadi demikian itu sebab bagi ampun dosa kedua-dua kamu.

19. Selawat atas Rasulullah Shallallhu 'alahi wasallam itu anak tangga do'a yang boleh naik dengan dia kepada Tuhan Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya diperkenankan.

20. Selawat atas Rasulullah Shallallhu 'alahi wasallam itu telah terdahulu  dia oleh do'a yang mustajab bagi orang yang selawatkan dia, nescaya tidak diampun baginya. Maka ini perjajian ALlah yang tiada disalahinya. Telah datang dengan dia oleh Jibril 'alahissalam.

21. Orang yang meninggalkan selawat atas Nabi Shallallahu 'alahi wasallam itu cengang-bengang tak tahu buat apa-apa pada hari qiamat.

22. Orang yang tidak selawatkan Nabi itu ialah orang yang benar-benar lokek tak mahu dapat untung beberapa banyak kebajikannya. Lagi ia orang taqshir pada menuntut kepunyaan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.

Maka pendeknya sayugialah orang-orang islam itu banyakan selawat atas Nabi  Shallallahu 'alaihi wasallam kerana harapkan kiranya dikurnia Tuhan akan keredhaanNya. dan jadi semerbak bai dengan bau harum Nabi yang pilihan. Maka iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan yang memilih akan dia dan yang melapangkan dadanya Shallallahu 'alaihi wasallam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan