Selasa, 15 Mac 2011

'AMAL SEBAGAIMANA DINASIHATKAN

BARU AL-MADZI JUZU' 17 ( BAB KE - 14 )

HADITH YANG MEMBICARAKAN BERKEKALAN 'AMAL SEBAGAIMANA DINASIHATKAN

Go to fullsize image

Sesungguhnya manusia ini sebagaimana pandainya dan sebagaimana bijaknya dan 'alimnya, tidak sayugianya ia lepas daripada orang yang menasihatkan dirinya dan memberi jaga dan ingat akan dia dunianya dan akhiratnya, kerana dengan nasihat itu dapat tahu seseorang itu akan kesalahan diri dan apa yang tiada di'amalkan  dan tiada di perbaiki 'amal itu. Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala itu tidak mempermuliakan hambaNya dan tidak jadi lebih mulia pada sisiNya melainkan hamba-hambaNya yang takwa dan hamba-hambaNya yang ikhlas pada segala 'amalnya itu kerana Allah.

Oleh itu bila seseorang kamu mendengar apa nasihat agama daripada tuan-tuan guru yang 'alim bijaksana, janganlah lepaskan daripada memperbuatnya dan biarlah sentiasa itu sampai mati. Maka siapa dapat memperbuat demikian itu yakni memperbuat 'amalnya itu dengan tekun, jikalau sedikit sekalipun seperti seorang yang tidak lepas dirinya daripada membaca Yasin pagi dan petang seumur hh=idupnya, dan mengucap tasbih seratus kali sehari (matsalan) tiap-tiap hari sepanjang umurnya, atau apa-apa 'amalan daripada sembahyang sunat dan lainnya, jikalau sedikit sekalipun tetapi tiap-tiap hari dikerjakan dengan berkekalan sampai mati, maka itulah yang lebih baiknya, lebih baik daripada diperbuat sepanjang hidup itu sekali buat banyak-banyak.

Dan apabila orang mengajar kamu dan memberi nasihat atasmu sampai datang lemah-lembut dan sukacita apa yang dinasihatkanya itu, maka perbuatlah sebagaimana nasihatnya dan kekalkan demikian itu perbuat dengan eloknya dan ikhlasnya sebagaimana sahabat-sahabat Nabi dan orang-orang dahulu berjalan dengan yang demikian itu, dan dengan itulah yang disukai oleh syara' kita sebagaimana datang khabar di dalam hadith, kata sahabat-sahabat : Ya Rasullullah, adalah hamba sekelian itu tatkala mendengar ajaran tuan hamba dan mendengar beberapa nasihat, sangatlah rindu hati sekelian hamba dan jadi lembut ia pada masa di hadapan tuan hamba itu. Tetapi apabila hamba-hamba semua memberi belakang ( balik ) daripada tuan hamba, sudahlah balik kembali  hilang lembut hati itu dan tidak rindu seperti di dalam masa tuan hamba memberi nasihat, maka bagaimana jadi begitu ya Rasullullah ? 
Bila didengar Nabi SAW akan pertanyaan sahabat-sahabatnya demikian itu, lalu dijawabnya seperti di dalam hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa at-Tarmidzi ini dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi SAW namanya Handzalah al Usaidiy Radhiyallahu Ta'ala 'anhu katanya : Talah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam : Jikalau sungguhnya sekelian kamu itu ada berkekalan lembut hati dan rindu sebagaimana ada sekialan kamu di sisiku menerima nasihat dan mendengarnya, nescaya sentiasa dipayung akan sekelian kamu oleh malaikat dengan segala sayapnya. Tapi apa boleh buat tiada jadi kekal itu pada masa meninggalkan dan berpaling daripada sisiku, maka tidaklah melaikat-malaikat itu berkekalan memayung sekelian kamu.

Kata Abu 'Isa at-Tarmidzi : Bermula ini Hadith hasan lagi gharib. 

Maka dengan hadith ini menunjukkan seseorang yang dapat nasihat itu sayugianya tida ia lepaskan daripada ber'amal sebagaimana yang dinasihatkan itu dan biar ia berkekalan sebagai di hadapan penasihat itu mahu dan suka membuatnya. Maka apabila jadi demikian itu, nescaya dapat kebajikan selama-lamanya.

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan