Ahad, 9 September 2012

Umno Semakin Ganas ( MSO-Tinta Merah)


Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas

ULASAN KEJADIAN

Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran di depan mata atau pun rumah-rumah kediaman, kenderaan awam dibakar dengan penuh amarah? Petanda awal sudah menjelaskan kejadian buruk bakal berlaku kelak.  Ia sesuatu yang tidak mustahil apabila manusia sudah berubah menjadi binatang yang hilang segala peri kemanusiaan.

Anwar terus berucap walaupun diserang.
Kalau hari ini setakat tumbuk terajang, serang orang dalam masjid, sorak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin khasnya Anwar Ibrahim tetapi esok, bila tiba pilihan raya nanti kesadisan kebiadapan itu akan memborak (menular) lebih besar lagi. Ia kalau tidak dikawal dan diawasi tidak mustahil negara akan melihat sejarah politik terkotor kalaupun tidak jadi padang jarak padang terkukur.

Hari ini dilaporkan sekali lagi bas jelajah merdeka milik PKR telah dibaling dengan cat merah. Kejadian kali ini berlaku negeri yang ketua menterinya Mohd Alim Rustam, di Jasin Melaka. Ia berlaku di siang hari menunjukkan penjahat sudah makin berani dan biadap. Apa menghairankan saya dimanakah polis semasa kejadian itu. Apakah polis sendiri yang membenarkan perbuatan terkutuk itu?

Yang bertindak samseng di Melaka ini saya yakin 100% bukan dari kalangan anak cucu citi Hang Tuah atau Hang Jebat yang masih dalam minda dongengan itu. Kerana pahlawan ini berani berdepan dan tidak melakukan tikam curi. Mereka besar kemungkinan dari keturunan Datuk Madaliar atau Si Kitol atau pun Patih Kermawijaya yang penuh hasad dengan dan berdarah syaitan. Kenapa saya katakan dongengan sebab tiadak keturunan Jebat dan Tuah yang berani dan beperibadian tinggi seperti mereka yang digarapkan dalam hikayat sejarah. Para samseng itu bukan pemberani sebenarnya tetapi pengecut di daun keladi.

Kerja-kerja lempar batu sembunyi tangan, menabur fitnah dan menikam dari belakang hanya dilakukan oleh keturunan manusia celaka dan sial ini. Mereka inilah yang memecahkan keharmonian hidup di dalam istana-istana lama kerajaan Melaka silam.

Kejadian simbah cat ke atas bas itu berlaku di Jasin ketika bas jelajah merdeka itu hendak singgah di sebuah rumah terbuka di situ. Ia dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim. Kira-kira 30 orang samseng yang dipercayai didalangi seorang AJk pemuda Umno cuba menghalang bas dengan menbirkan kain rentang yang tertulis dengan kata-kata kesat menghina dan memburukkan Anwar.

Giliran Umno Melaka pula memberi tanda merah.
Yang musyikilnya kenapa polis tidak mengawal kejadian ini. Apakah ianya dibiarkan oleh polis atau anggota polis terlibat sama dalam kejadian ini?

Kepada polis dan pasukan keselamatan lain termasuk Umno mereka perlu sedar dan waspada. Mungkin hari ini puak pembakang boleh menahan sabar dan marah selagi mereka bolah bersabar. Tetapi apa kata kalau kejadian buruk itu berterusan dan mereka akan kehilangan sabar, ibarat kata bumi Melaka akan berdarah nanti. Makanya untuk mengelakkan bumi Melaka tersimbah darah seperti tumpahnya darah Jebat akibat tikaman Tuah, hentilah perbuatan jahat yang tidak bermoral itu. 

Kita tidak mahu apa yang digambarkan diawal nanti akan berlaku. Tidak siapa yang untung nanti. Kita faham kenapa orang Umno Melaka sudah jadi hampir gila dan nanar begitu kerana mereka kini sudah merasa mereka juga tidak selamat lagi. Kebangkitan dan kesedaran rakyat Melaka yang sudah cemuh dengan cara Umno mentadbir menyebabkan negeri itu yang dianggap kubu kuat Umno sudah mulai retak dan punah.

Nampak jelas kini Umno Melaka hilang fokus dan keyakinan setelah berhijrahnya Tamrin Ghafar ke dalam Pas dan meninggalkan Umno. Penghijrahan Tamrin ke dalam Pas memberi tamparan hebat kepada mereka. Tindakan Tamrin meninggalkan Umno itu dapat mempengaruhi orang lain untuk berfikir buat apa lagi bersama Umno. Mungkin orang Melaka akan berfikir, kalau anak tokoh Umno pun boleh meninggalkan Umno ini sudah jelas dan nyata Umno sudah semakin memburuk. Mungkin ada yang berubah sokongan dengan apa berlaku ke atas Tamrin itu.

Sebenarnya bukan sahaja bas PKR dihalang dan dilempar cat, ceramah Tamrin di Serkam Darat malam tadi juga diganggu sehingga terpaksa dipindah ke Serkam Pantai. Umno mengejar Tamrin malam tadi macam anjing buruan. Pas sudah pun mengambil jalan damai dengan memindahkan tempat ceramah mereka sejauh 2 km tetapi dikejar Umno yang juga pindah majlisnya ke Serkam Darat.

Apa tujuan dan nama perbuatan ini kalau bukan jahat dan bangsat. Jahatlah namanya itu.

Perbuatan menggambarkan Umno hilang kewarasan.
Bagaimana pun cara Umno yang rakus sombong itu tidak mendapat sambutan. Rakyat dan orang ramai tetap mengerumuni ceramah Tamrin bersama Muhammad Sabu itu dan memulaukan ceramah Umno. Menurut Tamrin lebih 3,000 hadir ke ceramahnya berbanding dengan ceramah Umno yang dikepalai abang iparnya Ahmad Hamzah yang dihadiri sekitar 75 orang saja termasuk 23 orang kanak-kanak bawah umur.

Kerana tidak ada sambutan Ahmad dikatakan hanya berucap tidak sampai lima minit atas alasan sebak dengan tingkah laku adik iparnya itu (Tamrin) yang meninggalkan Umno parti yang disifatkan Tamrin penuh rasuah. Begitu juga Speaker Dun Melaka yang turut berucap sekitar 3 minit 45 saat saja dan menuduh Tamrin sebagai Dajal.

Jelas apa yang berlaku di Melaka malam tadi dan petang ini menunjukkan Umno sudah hilang pedoman dan kewarasan. Mereka juga sudah melupai semangat setia, bertanggungjawab dan keberanian Hang Tuah dan Hang Jebat. Sambutan hangat rakyat kepada Pakatan Rakyat dan ramai yang berhijrah sokongan menjadikan orang-orang Umno hilang kewarasan. Tentunya sambutan rakyat Melaka kepada Pakatan Rakyat ini bukan berkurang tetapi akan bertambah selagi Umno tidak kembali ke sifat asalnya serta waras kembali. [wm.kl.5:54 pm 08/09/12]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan