SESUDAH SUBUH
Malam ini Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat rutin bulanannya. Mesyuarat itu akan dipengerusi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sudah berada di ibu kota. Mesyuarat malam ini sudah pasti menjadi tumpuan dan dinanti-nanti media massa. Begitu juga ia sedang ditunggu oleh musuh-musuh Pas yang mahu melihat keputusan mesyuarat itu nanti akan membuahkan sesuatu yang kurang manis untuk dijadikan modal politik menghentam Pas. Itulah yang didoakan mereka.
Nasharudin: Biar dia pilih jalan sendiri.
Musuh Pas sangat berharap isu bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang baru-baru ini 'sengaja' mendampingi perdana menteri Najib Razak semasa PM itu berjumpa dengan dua orang Mesir berjanggut di Makkah akan dibincang dan seterusnya diambil tindakan. Penampilan Nasharudin dengan PM menyebabkan beberapa hari peristiwa itu menjadi bahan berita. Termasuk beberapa orang anggota majlis syura juga turut 'disampuk hantu' mengulas isu yang sengaja dimainkan oleh media massa itu. Dua tiga orang anggota majlis itu memberi komen mempertahankan sikap Nasharudin dan memberi isyarat agar ia tidak dipengapa-apakan.
Pendirian awal anggota majlis syura itu dilihat tidak wajar dan mempengaruhi apa-apa perbincangan terhadap Nasharudin Mat Isa malam ini kalau diadakan. Kenapa tidak wajar kerana mereka selaku badan kehakiman tidak sepatutnya mengulas sesuatu isu yang mungkin dibincangkan. Inilah masalah berlaku di kalangan pemimpin Pas mereka selalunya dihidapi penyakit suka bercakap. Kalau boleh semua pihak cubalah berpuasa mulut dalam mengulas isu-isu yang boleh menyenakkan parti.
Jadi kerana kesampukan itu adalah elok sekali kalau majlis syura ulamak yang akan bersidang malam ini tidak membincangkan isu mengenai Nasharudin. Sebaiknya jangan disentuh dan diulas langsung. Juga tidak perlu diadakan sidang akhbar bagi menjawab mengenai perkara itu. Pastikan nama Nasharudin Mat Isa tidak disebut pun dalam sepanjang mesyuarat itu. Semua ahli majlis syura jangan sesekali membawa keluar apa juga butiran atau pun sikap ahli majlis syura di sepanjang mesyuarat itu. Jagalah rahsia dan bersikap amanahlah.
Tindakan ini lebih baik untuk menutup kes berkenaan agar ia tidak menjadi panjang dan diecerkan. Nescaya kalau isu Nasharudin dibincangkan malam ini ia membuka semula isu berkenana yang kini sudah hampir dilupakan kepada umum dan akan menjadi makanan lazat media massa. Media massa yang menjadi penjilat buntut akan eksploi isu berkenaan dan menghidupkan semula soal Nasharudin ini. Ini mereka nanti-nantikan.
Semua pihak kena faham musuh Pas suka kalau soal Nasharudin itu dibincangkan kerana mereka ada modal untuk mengungkitnya kembali. Hari ini Nasharudin tidak menjadi isu lagi. Jika ia dibuka semula malam ini Nasharudin akan terus menjadi isu. Dalam saat pilihan raya makin dekat Pas dari semua sudut dan oleh semua orang hendaklah lebih berhati-hati dan bersikap waras. Emosi yang berlebihan akan membawa parah.
Kalau isu Nasharudin ini tidak disebut dan dibicnangkan pun ia tidak menjadi masalah ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Pas, untung pun tidak rugi pun bukan. Paling-paling Nasharudin atau media yang menyokongnya akan mengulas Pas takut kepada Nasharudin setakat itu saja... dan biarkanlah.
Untuk memstikan ini... jangan masukkan isu Nasharudin di dalam agenda mesyuarat dan jangan ada sesiapa bangkit dalam agenda hal-hal lain. Jangan ada juga sesiapa di kalangan anggota majlis syura gatal mulut untuk bercakap mengenai Nashardin dan kalau hendak bercakap juga biarlah sepakat dengan keputusan kita jangan pedulikan dia.
Paling afdal ialah tutup mulut dari menyebut namanya, habis cerita. Sama ada Nasharudin hendak kekal dalam Pas, hendak mengkritik Pas memuji Umno terpulang kepadanya. Pas bukan baru sekarang hendak merasai kehilangan bekas pemimpin tertingginya tetapi sudah acap kali. Jadi apa perlu dibimbangi.
Nasharudin hanya sebutir benih yang pernah disemai di dalam Pas tetapi sudah mula membakut hanya disebabkan semusim kemarau. Benih yang kuat dan ulit itu akan sanggup dibahan kemarau berdekad bahkan berabad sebelum ia akan tumbuh menjadi pokok yang besar, gagah dan berbuah. [wm.kl.7:19 am 09/09/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan