Memaparkan catatan dengan label apa-apa... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa-apa... Papar semua catatan

Khamis, 21 Jun 2018

Apakah tiada bentuk hukuman bagi penghina Rasulullah Saw ataupun tidak perlu kita pedulikan?

Hari ini oleh kerana banyak Kuliyah belum bermula lagi, disini aku nak share.. satu posting dari FB.. untuk kita renung dan ambil CAKNA sikit kata orang Kelantan.....
     
PENGANJUR : Geert Wilders

Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan martabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam [Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul hlm 528]. Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang berbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215]. Di dalamnya terdapat dua hadith sebagai berikut:
1. ‘Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menghalalkan darahnya. (Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud).
2. (Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Kulakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, namum ia tetap melakukanya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].
Nash-nash hadith tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.
Namun begitu, suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah siapakah pihak yang berhak melaksanakan hukuman bunuh itu? Hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Khalifah atau Ketua Negara Islam. Salah satu dalil kepada perkara ini adalah kes pembunuhan Asma’ binti Marwan, seorang wanita Yahudi yang amat membenci Islam dan kerap menghina Rasulullah. ‘Umair bin ‘Auf, salah seorang sahabat Nabi mendatangi rumah Asma lalu membunuhnya. Dalam kejadian tersebut Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendiamkannya. Dari kes ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan dengan izin dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam kapisiti baginda sebagai Ketua Negara Islam ketika itu.





Khamis, 14 Jun 2018

Selamat Hari Raya 'Aidul Fitri 1439H / 15 Jun 2018

Kepada semua sahabat serta teman 
BERILMU DAN AMAL
SEGALA KEKURANGAN ATAU APA-APA YANG TIDAK ENAK DIDENGAR ATAU 
YANG DIPAPARKAN DI BLOG INI TELAH MENGAIBKAN ATAU MENYAKITKAN HATI 
SAHABAT-SAHABAT..10 JARI SAYA SUSUN MEMOHON KEMAAFAN,
" MAAF ZAHIR BATIN "




Sekadar Perkongsian


Khamis, 27 Mac 2014

Betoi ke nie...?

MH370.... dimana kita duduk, dimana kita pergi ...didalam bas, Pejabat, kedai makan... Masjid.. Surau... tua, muda, yang sihat , yang sakit pun sama..semua orang bercerita kisah ini, dan bermacam-macam andaian yang dibuat.... sehinggakan si Penjual Goreng Pisang tepi jalan pun pandai mengulas berkaitan teknologi penerbangan yang menggunakan pelbagai kedah bahasa yang selama ini tidak pernah kita ambil tau/tahu...pun..

Dalam facebook (muka buku) jangan cerita lagi, sehingga hilang adab kemanusian kita, sehingga hilang sikap kepekaan kita dengan perasaan keluarga mangsa.

Inilah sejarah yang terukir/terjadi yang tidak kita minta dah pun berlaku.
Jadi ambilah ianya itu sebagai pengajaran atau iktibar kerana tidak akan berlaku sesuatu itu dengan saja-saja atau sengaja nak jadi tetapi ia adalah dengan kehendak dan ketentuan yang Maha Agung yang mentadbir alam semesta ini, marilah kita kembali kepadanya, berserah sebulat hati.. memohon taubat dan kemaafan.Klik Sini

Apabila diumumkan bahawa kapal itu berakhir dilautan.
Kita di serbu dengan persoalan.
Sembahyang jenazah.., yang selama ini sebahagian daripada kita tidak terfikir,
boleh atau tidak kita sembahyang ghaib, sedangkan mayat tidak jumpa. Klik sini
atau disini Youtube
Bagaimana isteri yang telah ditinggal suami..? 
bagaimana dengan harta peninggalan ? 

Walau bagaimanapun apa yang ingin aku kongsikan disini ialah teori cerita ini... ko rang boleh baca... tepuk dada tanya diri sendiri.. hari ini rasa pelik dan tidak mustahil 5 tahun atau 10 tahun akan datang mungkin tak pelik.... 

Sekian....


Khamis, 19 Disember 2013

Admin kurang sihat

Kepada sahabat-sahabat ana, pengunjung setia Blog Berilmu dan Beramal,
untuk sementara waktu ana tidak dapat aktifkan blog kerana masalah kesihatan...
bermula pada 19 Nov 2013.

1. 19 Nov 2013 dan 20 Nov 2013 
Gastrik - 2 hari ana kena berulang Hospital Yan kemudian Sg Petani..
Sekarang dah OK..

2. 21 Nov 2013 - Ke Hospital Yan untuk mendapat keputusan penyakit Tyroid,
Darah diambil pada 18 Oktober 2013, Malangnya tiada ada keputusan melainkan Doktor bertugas bagi tahu supaya datang semula 1 Feb 2014, dan diberi kepada saya kertas ( ana tak tahu kertas apa)

3. 28 Nov 2013 - Ana dapat rasakan yang diri ana semakin hari semakin lemah dan tidak bermaya.. berjalan lebih kurang 100 meter terpaksa berhenti 2 kali, kerana penat, kerongkong rasa kering.

Pagi hari yang sama ana terpaksa berjumpa dengan Panel Doktor syarikat ana dan juga sahabat ana...(Klinik Dinamik). Semasa berjumpa, beliau terkejut dengan perubahan mendadak badan ana, lalu beliau mencadangkan ana pergi KMC Alor Setar untuk Xray.
Setelah mendapat Keputusan (Negatif Xray) ana berjumpa semula dengan Dr, beliau mengatakan

1. Jantung ana Bengkak - Kemungkinan Tyroid 
2. Paru-paru ada jangkitan kuman dan berair

 Dr. ambil darah ana untuk ujian pengesahan penyakit....tyroid

Ana dibekalkan ubat - Antibiotik selama seminggu - dan Rawatan Jantung Bengkak.

4. 05 Disember 2013 -  Ke Klinik untuk mendapatkan pengesahan penyakit Tyroid.
Hasil dari ujian, saya disahkan menhidap penyakit Tyroid...bacaannya terlalu tinggi katanya..

Dan ana dibekalkan ubat-ubatan Tyroid dan jantung selama sebulan....

Setelah beberapa minggu sehingga kini 19 Disember 2013 - Alhamdulillah kian beransur pulih...

Takdir Allah yang menentukan segalanya dan juga, ujian daripadaNya disamping itu ana menghadapi Buasir pula......hanya peringkat permulaan... tapi sakit dan pedih Allah yang tahu...nak duduk pun tak selesa, serba tak kena jadinya.... 

Oleh yang demikian ana tidak dapat rakam dan menghadiri kuliyah disurau atau masjid...untuk sementara waktu....

Sekian..

Admin -  Rindu ana pada sahabat-sahabat ana Surau Perwaja Gurun, Terutama En Zahari, En Roslan...


Rabu, 21 Ogos 2013

Balasungkawa Buat Ayahanda Yahaya Bin Salleh

Ayahanda Yahaya Bin Salleh
24 Disember 1930 - 17 Ogos 2013
82 Tahun 8 Bulan
Bersamaan 10 Syawal 1434H

Pemergian ayahanda yang dikasihi menemui Illahi,
 ketetapan kematian tidak pernah terubah.. selepas atau sebelum.,
tercatat kemas di ARASH Allah semenjak dilahirkan lagi.. 
tidak terdaya untuk kita manusia untuk menahan atau melanjutkan apa yang  telah ditetapkan olehNya 
walau sedalam mana kasih dan sayang kita kepada mereka,
hanya keredhaan dituntut Allah kepada kita.. 
supaya ditabahkan hati..

Semoga Allah sentiasa memberi Rahmatnya kepada ayahanda, 
dilapangkan dan diluaskan kubur seluas-luasnya ... 
dicahayakan alam kubur seterang-terangnya... 

Insya Allah anak-anak disini akan senentiasa mendo'akan Ayahanda,
serta Bonda yg telah mendahului ayahanda.   

Kami yakin dengan janji-janji Allah bahawa do'a anak-anak yang soleh akan sentiasa menjadi perhatian Allah... akan didahului perkenan oleh Allah..

Amin-amin Ya Robbil 'alamin..


Isnin, 24 Jun 2013

Kuliah Politik Presiden PAS: Era Khulafa' Ar-Rasyidin Siri 1

Oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

ANTARA matlamat Allah mencipta manusia adalah agar mereka menjadi khalifah di muka bumi-Nya. Kewajiban ini merupakan kewajiban yang berada dalam kedudukan yang kedua selepas kewajiban beribadat. Perkara ini turut diisytiharkan kepada para Malaikat sebagaimana firman Allah yang menyatakan :

* “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku mahu menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka (para Malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata); Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu mereka yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berkata; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah al-Baqarah : ayat 30)

Rasulullah SAW bersabda,
* “Kaum Bani Israel pada zaman dahulu dipimpin oleh Para Nabi (mereka menjadi ahli politik). Setiap kali wafatnya seseorang Nabi, penggantinya Nabi juga selepasnya. Sesungguhnya tiada lagi Nabi selepasku dan akan berlakunya perlantikan khalifah (yang mengganti Nabi bagi memimpin umat), mereka ramai. Para Sahabat bertanya; Apakah perintah-mu kepada kami? Rasulullah SAW menjawab; Tunaikan bai’ah (janji ketaatan) kepada yang pertama dan seterusnya. Berilah kepada mereka hak mereka (untuk memerintah). Maka sesungguhnya Allah akan bertanyakan mereka berkenaan urusan mereka yang diminta supaya memimpin.”