PENGANJUR : Geert Wilders
Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan martabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam [Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul hlm 528]. Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang berbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215]. Di dalamnya terdapat dua hadith sebagai berikut:
1. ‘Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menghalalkan darahnya. (Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud).
2. (Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Kulakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, namum ia tetap melakukanya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].
Nash-nash hadith tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.
Namun begitu, suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah siapakah pihak yang berhak melaksanakan hukuman bunuh itu? Hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Khalifah atau Ketua Negara Islam. Salah satu dalil kepada perkara ini adalah kes pembunuhan Asma’ binti Marwan, seorang wanita Yahudi yang amat membenci Islam dan kerap menghina Rasulullah. ‘Umair bin ‘Auf, salah seorang sahabat Nabi mendatangi rumah Asma lalu membunuhnya. Dalam kejadian tersebut Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendiamkannya. Dari kes ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan dengan izin dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam kapisiti baginda sebagai Ketua Negara Islam ketika itu.
Cradit to : Hasbunallah Wa Ni'malwakil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan