Khamis, 4 Julai 2013

Forum Pendana INDAHNYA HIJAB -27 JUN 2013




Ceramah penuh Indahnya Hijab ( mp3 Audio ) ditangguh sementara waktu 
kerana masalah teknikal....
---------HARAP MAAF------


Selasa, 2 Julai 2013

Majlis Pelancaran buku Indahnya Hijab - 27 Jun 2013

Bertempat Di Surau Perwaja Gurun Kedah, 
dengan kerjasama AJK Surau Perwaja & Darul Izzah Yan
Majlis Pelancaran Buku INDAHNYA HIJAB 
yang ditulis oleh Ustaz Ridzuan Abu Bakar (Penceramah Bebas)


Pelancaran rasmi oleh Ustaz Haslin 
Pemudahcara & Ahli panel 
 Ustaz Ridzuan & Ustaz Haslin
Puan Farah Asyikin

Israk & Mikraj - Ustaz Mohd Tarmizi 26 Jun 2013


Isnin, 24 Jun 2013

Hal-hal yang dilarang sebab Hadas @ Junub - Ustaz Idrus Ahmad 23 Jun 2013



Kuliah Politik Presiden PAS: Era Khulafa' Ar-Rasyidin Siri 1

Oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

ANTARA matlamat Allah mencipta manusia adalah agar mereka menjadi khalifah di muka bumi-Nya. Kewajiban ini merupakan kewajiban yang berada dalam kedudukan yang kedua selepas kewajiban beribadat. Perkara ini turut diisytiharkan kepada para Malaikat sebagaimana firman Allah yang menyatakan :

* “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku mahu menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka (para Malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata); Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu mereka yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berkata; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah al-Baqarah : ayat 30)

Rasulullah SAW bersabda,
* “Kaum Bani Israel pada zaman dahulu dipimpin oleh Para Nabi (mereka menjadi ahli politik). Setiap kali wafatnya seseorang Nabi, penggantinya Nabi juga selepasnya. Sesungguhnya tiada lagi Nabi selepasku dan akan berlakunya perlantikan khalifah (yang mengganti Nabi bagi memimpin umat), mereka ramai. Para Sahabat bertanya; Apakah perintah-mu kepada kami? Rasulullah SAW menjawab; Tunaikan bai’ah (janji ketaatan) kepada yang pertama dan seterusnya. Berilah kepada mereka hak mereka (untuk memerintah). Maka sesungguhnya Allah akan bertanyakan mereka berkenaan urusan mereka yang diminta supaya memimpin.”

Khamis, 20 Jun 2013

Takwa ke 2 - Ustaz Halim Nasir 19 Jun 2013

Kuliyah Ustaz Halim Nasir 
Sila klik dibawah untuk ikuti kuliyah pertamanya :
YOUTUBE 4 Jenis Takwa


  MP3 AUDIO MP3 AUDIOMP3 AUDIOMP3 AUDIOMP3 AUDIO