Allah SWT berfirman :
86 : Dan, demi jika Kami kehendaki, nescaya Kami hapuskan apa yang telah kami wahyukan kepada engkau. Kemudian engkau tiada perolehi wakil ( pembantu ) terhadap kami.
87 : Kecuali rahmat dari Tuhanmu, Sesungguhnya kurniaNya besar terhadap engkau.
Keterangan ayat :
Jika Allah SWT hendaki, nescaya dihapuskanNya dan dihilangkanNya Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga tiada lagi pemimpin umat. Tetapi kerana rahmat Allah SWT dan kurniaNya yang Maha Besar maka Al-Quran tetap terjaga dan terpelihara sampai sekarang dan tidak hilang satu ayat pun. Bahkan tetap terpelihara sampai hari kiamat. Riwayat dari Ibn Mas'ud : Bahawa yang mula-mula hilang dari agama kamu ialah AMANAH (kejujuran dan kepercayaan ) dan yang paling akhir ialah sembahyang.
Ada satu kaum yang bersembahyang tetapi dia tidak ada beragama. Sesungguhnya Al-Quran ini pada suatu hari nanti akan hilang daripada kamu...
Memang sekarang ada Al-Quran ada pada umat Islam tetapi kita semua buta tetang isi dan maksud Al-Quran sama sekali. Maka seolah-olah Al-Quran itu telah hilang daripada kita. Kita hanya mendengar orang membaca dan melagukan Al-Quran sahaja.
Oleh itu marilah kita mempelajari Al-Quran serta mengamalkan segala petunjuk-petunjuk dan pelajaran yang temaktub di dalamnya. Inilah satu-satunya jalan bagi memperbaikki budi pekerti kaum muslimin.
Sedangkan bangsa arab satu masa dahulu yang masih biadab dan rendah akhlaknya dapat memperbaikki melalui Al-Quran, ini apatah lagi kita yang telah menerima Islam sejak dari nenek moyang kita, tentunya dengan mudah dapat kita perbaikkinya asalkan kita mahu kembali kepada Al-Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan