Khamis, 11 Jun 2015

Keperluan Ilmu dalam beramal - Ustaz Muhammad Fikri

Tazkirah Maghrib
Surau Perwaja Gurun Kedah
09 Jun 2015 - Selasa
YBhg. Ustaz Muhammad Fikri Bin Abdul Razak

Bahagian Pertama
Muqadimah : Menuntut Ilmu

" Orang yang dapat hadir didalam majlis ilmu.. itu menunjukan
Allah menghadirkan kasih sayang kepada penuntut ilmu.."



Bahagian ke 2 ( Akhir )
Surah At-Tahrim ( ayat ke 6 )
" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan 
keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarnya : 
manusia dan batu (berhala);Neraka itu dijaga dan dikawal oleh 
malaikat-malaikat yang keras kasar (layananya);Mereka tidak 
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya
 kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang 
di perintahkan.


Rabu, 10 Jun 2015

Tiga Amanah Besar - Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh

Kuliyah Maghrib mp3
Masjid Al Wustho Guar Chempedak Kedah
08 Jun 2015 - Isnin
Bab : Suruhan dalam menunaikan amanah 

" Dimana pun kamu duduk.. pastinya maut/mati akan mendapatkan kamu "


Audio mp3 ( Boleh Muat turun )


Selasa, 9 Jun 2015

Menghadiri Majlis Ilmu - Ustaz Aswad Nasron

Kuliyah Maghrib MP3
Surau Perwaja Gurun Kedah
07 Jun 2015 - Ahad
Kitab : 40 HADITH  Jalan menuju ke Syurga
Bab : Tuntutan dalam menuntut ilmu "
" Biar miskin di dunia jangan miskin di akhirat "
Youtube

YBhg. Ustaz Aswad Nasron

Audio MP3



Makna Taat - Ustaz Muhammad Tarmizi

Kuliyah Maghrib
Surau Perwaja Gurun Kedah
06 Jun 2015 - Sabtu
YBhg. Ustaz Muhammad Tarmizi

" Berlapang dadalah bagi mereka yang hendak mendekatkan diri
dengan Allah SWT... selagi amalan yg diamalkan tidak mengikut
jalan yang sesat "


Audio Mp3 4 Share ( Boleh Download )



Rabu, 3 Jun 2015

Pengertian/Makna Taat. Mp3 - Ustaz Azfar Abdullah

Kuliyah Maghrib Mp3
Masjid Jame' Pekan Gurun Kedah
02 Jun 2015 - Selasa
Kitab : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

" Wajib taat kepada Nabi/Rasul dengan demikian ia juga taat pada Allah "
" Apa yang dibawa oleh Nabi terima dan apa yg dilarang tinggalkan "
" Tidak di utuskan Nabi/Rasul melainkan untuk ditaati/ikuti "
 (Sekadar yg mampu)
" Rosaknya umat terdahulu kerana mereka banyak soal (berkira2)
dan tidak patuhi/engkar apa yang diperintah oleh rasul mereka "

Audio Mp3



Selasa, 2 Jun 2015

Umrah 2 - 13 hingga 24 Mei 2015

sambungan.....

Tanggal 16 Mei 2015 - Sabtu

Diawal pagi dengan berpakaian ihram kami bersedia untuk
berangkat Miqat di Bir Ali untuk meneruskan perjalanan ke MEKAH.

Di perkarangan Masjid Bir Ali

Menanti sahabat-sahabat yang sedang berwudhuk

Menanti saat waktu masuknya waktu solat zohor
bersama En Fisol dan dibelakang Bapanya (Hj Saad)
Imam 2 Masjid Bedong - Didalam Masjid Bir Ali.

Dalam perjalanan menuju ke Mekah menoleh kami kekiri dan kanan diluar sana
tersergam hamparan tanah-tanah tandus yang kering kontang..
tiada rimbunan tumbuhan yang tumbuh meliar... 
terbayanglah bagaimana junjungan besar kita Nabi saw bersama 
sahabat beliau yg dikasehi  Saidina Abu Bakar bersama mereka berhijrah dari Mekah menuju Madinah hanya dengan menunggang unta....

Inilah Hotel tempat penginapan selama beberapa hari di Mekah

Telah bersedia ke medan Tawaf dan sai'e serta bertahlul
bagi menyelesaikan umrah wajib....bagi menghalal yg telah
diharamkan beberapa jam yang lalu.....


 

Setelah selesai Tawaf dan Saie...

Mengambil kesempatan juga bergambar di Bukit Marwah..

Bersambung....



Penentangan Amalan Nisfu Sya'aban - Ustaz Yaakob Yusof Yusro

Tazkirah Maghrib MP3
Surau Perwaja Gurun Kedah
1 Jun 2015 - Isnin

" 2 Hadith amalan malam Nifsu Sya'aban "
" 2 Gulungan yang tidak diampun dosa melainkan taubat "
" Redha Allah terletak pada Ibu dan Ayah "
" Tunai hak Jasad dan hak Roh "
Pentazkirah : YBhg. Ustaz Yaakob Yusoff Yusro

Audio Mp3

Youtube

Isnin, 1 Jun 2015

Allah tempat kita memohon - Ustaz Marzuki Yusof

Kuliyah Maghrib MP3
Surau Perwaja Gurun Kedah
27 Mei 2015 - Rabu
Kitab : Nurul Ehsan Jilid 1

" Mohonlah pada Allah  apabila melakukan sebarang pekerjaan "

" Kalau sudah solat tetapi masih cenderong melakukan 
maksiat maka semak balik solat kita "
Youtube
YBhg. Ustaz Marzuki Yusoff

Audio MP3




Ahad, 31 Mei 2015

Berniaga Nabi saw ke Syam MP3 - Ustaz Naim Hussin

Kuliyah Maghrib MP3
Surau Perwaja Gurun Kedah
25 Mei 2015 - Isnin

" Allah jadikan jasad Nabi saw tidak berbayang "
" Mengembala kambing semasa remaja "
YBhg. Ustaz Naim Bin Hussin

Audio MP3


Selasa, 26 Mei 2015

Cuti Umrah Mei 2015 - 1

Kepada sahabat  yang mengikuti Blog ana terlebih dulu ana mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengok Blog ana yang tidak seberapa ini. Melainkan untuk bersama berkongsi ilmu yang telah Allah beri kelapangan kepada ana untuk merakam dan memasukan dalam Blog dan bersedia untuk santapan rohani sahabat - sahabat yang tidak berkesempatan menghadiri kuliyah yang diadakan.

Untuk 2 minggu yg lalu ana tidak dapat bersiaran seperti biasa kerana ana bersama isteri berserta adik dan kakak pergi umrah iaitu pada 12 Mei hingga 26 mei 2015.... dengan demikian aktiviti keagamaan disekitar Gurun tidak dapat ana rakamkan...

Hari ini 26 Mei 2015 ana selamat kembali dan berada dibumi bertuah ini dan Alhamdulillah ana serta isteri sihat adanya...berkat doa daripada sahabat-sahabat  sekelian.

Sehubungan itu ana paparkan sedikit coretan dan Foto/gambar untuk tatapan dan kenangan untuk di kongsi  bersama semasa ana berada di sana.. hanya gambar sahaja yang dapat menceritakan segalanya....

Kepada teman serombongan ana serta isteri mohon maaf disepanjang kita bersama-sama meranjau pelusuk bumi bertuah kami mohon maaf seandainya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati dan menyakitkan mata antum sekelian...
Al-Maklum sebagai manusia kami tidak terlepas daripada sebarang kesilapan....

Begitu juga kepada Pihak Tiram Travel terutamanya Mutawwif Ustaz Bahakhi Muhammad, yang cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik...walaupun ada beberapa kelemahan tetapi ia tidak menutup kecermelangan anta memberi khidmat yang terbaik kepada kami.... SYABAS DRP.. ANA..

Salah dan silap mohon maaf:-




13 Mei 2015 Sebahagian daripada Peserta Jamaah 
yang seramai lebih kurang 42 orang, Selepas diberi taklimat.
Begambar beramai-ramai di Penang International Airport
sebelum bertolak ke Kuala Lumpur (KLIA) jam 10:45 pagi

Bersama Mutawwif Tiram Travel ( Ustaz Bahakhi )

14 Mei 2015 ( Pagi ) 
Sesampai dihadapan hotel Al Fayroz Madinah
Tempat penginapan.
 Selama 3 hari 2 malam di Negeri Madinah..

Sebahagian kota Madinah

Tempat Dalam kawasan Masjid Nabawi


Dalam Masjid Nabawi - Atas adalah tempat Bilal...

Makam Nabi saw Sempat juga ana ambil gambar
sedangkan mengambil gambar adalah dilarang sama sekali.

Persingahan di Masjid Quba'

Kunjungan ke Makam Shuhadak Bukit Uhud

Pengkisahan oleh Ustaz Mohammad 
Syahid beberapa orang sahabat Nabi saw 
termasuk Saidina Hamzah (Bapa saudara Nabi saw) yang dibunuh
oleh hamba abdi (Wahshi), yang di upah oleh Hindon 
 beliau dibunuh dengan menggunakan Tombak/lembing.
(Hindon dan Wahshi akhirnya masuk Islam)

Berkesempatan juga kami berkunjung di tempat Bani Sa'edah
Berhampiran dengan Masjid Nabawi.

Di kisahkan oleh Ustaz Mohamad bahawa di tempat inilah
setelah kewafatan Nabi saw para sahabat berbai'ah dengan
Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama.... sedangkan 
pada waktu yang sama Saidina Ali sedang menguruskan Jenazah
Yang Mulia Nabi saw.

(Dengan sebab inilah Syiah begitu marah kepada 
Saidina Abu Bakar dan beberapa orang sahabat)

Bersambung:.........






Isnin, 11 Mei 2015

Allah hina orang yg cari lain dari Islam - Ustaz Sidek Nor

Ceramah Bulanan
Surau Perwaja Gurun Kedah
06 Mei 2015 - Rabu
Oleh : Ustaz Sidek Nor

* Bersyukur kerana berada dalam bulan Rejab *
* Nabi saw minta pada Allah supaya diberkati dalam bulan Rejab *
* Nabi saw berpuasa seolah-olah sebulan Rejab @ sya'ban *
* Jangan kamu matikan hati kamu dengan banyak makan dan minum *
* Bulan yang di fardukan sembahyang *

Audio MP3


Agama itu segala hukum yg 5 - Tn Guru Hj Salleh Musa

Kuliyah Maghrib
Surau Perwaja Gurun Kedah
09 Mei 2015 - Sabtu
Kitab : Hidayatus Sibyan Bab : Tauhid (Sifat 20)
Audio MP3

Youtube Video akan datang...

Ahad, 3 Mei 2015

Memahami Hadith

HADITH DHAIF MENURUT PERSPEKTIF PARA ULAMA' MU'TABAR AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Oleh
Maulana Hussain Abdul Qadir hafizahullah (Anak murid kepada Anak Murid Maulana Zakariyya rahimahullah)


Pokok perbincangan kami di dalam risalah ini ialah tentang hadith dhaif kerana sejak kebelakangan ini ada pihak yang sering mempertikaikan hadith dhaif sehingga mereka menganggap bahawa beramal dengan hadith dhaif adalah perkara mungkar dan ia adalah hadith yang dusta. Hadith dhaif ini hanya tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan hasan. Pengertian ini tidak membawa maksud bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif.