Untuk 2 minggu yg lalu ana tidak dapat bersiaran seperti biasa kerana ana bersama isteri berserta adik dan kakak pergi umrah iaitu pada 12 Mei hingga 26 mei 2015.... dengan demikian aktiviti keagamaan disekitar Gurun tidak dapat ana rakamkan...
Hari ini 26 Mei 2015 ana selamat kembali dan berada dibumi bertuah ini dan Alhamdulillah ana serta isteri sihat adanya...berkat doa daripada sahabat-sahabat sekelian.
Sehubungan itu ana paparkan sedikit coretan dan Foto/gambar untuk tatapan dan kenangan untuk di kongsi bersama semasa ana berada di sana.. hanya gambar sahaja yang dapat menceritakan segalanya....
Kepada teman serombongan ana serta isteri mohon maaf disepanjang kita bersama-sama meranjau pelusuk bumi bertuah kami mohon maaf seandainya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati dan menyakitkan mata antum sekelian...
Al-Maklum sebagai manusia kami tidak terlepas daripada sebarang kesilapan....
Begitu juga kepada Pihak Tiram Travel terutamanya Mutawwif Ustaz Bahakhi Muhammad, yang cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik...walaupun ada beberapa kelemahan tetapi ia tidak menutup kecermelangan anta memberi khidmat yang terbaik kepada kami.... SYABAS DRP.. ANA..
Salah dan silap mohon maaf:-
13 Mei 2015 Sebahagian daripada Peserta Jamaah
yang seramai lebih kurang 42 orang, Selepas diberi taklimat.
Begambar beramai-ramai di Penang International Airport
sebelum bertolak ke Kuala Lumpur (KLIA) jam 10:45 pagi
Bersama Mutawwif Tiram Travel ( Ustaz Bahakhi )
14 Mei 2015 ( Pagi )
Sesampai dihadapan hotel Al Fayroz Madinah
Tempat penginapan.
Selama 3 hari 2 malam di Negeri Madinah..
Sebahagian kota Madinah
Tempat Dalam kawasan Masjid Nabawi
Dalam Masjid Nabawi - Atas adalah tempat Bilal...
Makam Nabi saw Sempat juga ana ambil gambar
sedangkan mengambil gambar adalah dilarang sama sekali.
Persingahan di Masjid Quba'
Kunjungan ke Makam Shuhadak Bukit Uhud
Pengkisahan oleh Ustaz Mohammad
Syahid beberapa orang sahabat Nabi saw
termasuk Saidina Hamzah (Bapa saudara Nabi saw) yang dibunuh
oleh hamba abdi (Wahshi), yang di upah oleh Hindon
beliau dibunuh dengan menggunakan Tombak/lembing.
(Hindon dan Wahshi akhirnya masuk Islam)
Berkesempatan juga kami berkunjung di tempat Bani Sa'edah
Berhampiran dengan Masjid Nabawi.
Di kisahkan oleh Ustaz Mohamad bahawa di tempat inilah
setelah kewafatan Nabi saw para sahabat berbai'ah dengan
Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama.... sedangkan
pada waktu yang sama Saidina Ali sedang menguruskan Jenazah
Yang Mulia Nabi saw.
(Dengan sebab inilah Syiah begitu marah kepada
Saidina Abu Bakar dan beberapa orang sahabat)
Bersambung:.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan