Selasa, 8 Mac 2011

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Oleh : anuarani
Sesiapa yang mengekalkan membaca AlFathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka fadhilatnya ialah:
Meminta pangkat melainkan dapat.
- Ia miskin melainkan kaya.
- Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
- Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
- Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
- Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.
Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:
“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”
“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”
“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dan penyakitnya berkurangan.”
Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah 'afiat.
AIR FATIHAH
Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.
Demikianlah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan  ini:
Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.
Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.
MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT
Apabila sesaorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fathihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu.
Insyaallah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.
FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR
Sesiapa membaca Fathihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,kemudian ia membaca
Qulhuallah 3 kali,
surah alFalaq sekali
surah anNas sekali
terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor.
FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI
Jika dibacakan Fatihah:
70 kali sehari selama 7 hari
pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati.
Insyaallah akan dibukakan Allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.
FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT
Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:
"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."
Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.
WIRID FATIHAH
Sesiapa yang membaca alFathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:
- Dimurahkan allah rezkinya
- Diperbaikki hal ehwalnya.
- Dibersihkan hatinya.
- Diangkat darjatnya.
- Dimudahkan pekerjaannya.
- Dilepaskan ia daripada dukacita
- Dijauhkan dari mudharat.
- Diberi ia kerajinan dan semangat.
- Tidak kecewa.
- Dijauh dari hasutan syaitan.
- Diilham kepadanya kebajikan
FATIHAH - UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT
Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.
Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
Insayallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.
FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:
Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.
Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.
Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.
FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah Fatihah - Untuk Bereskan Pekerjaan
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.
Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.
FATIHAH - PENGHILANG DAHAGA
Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.
Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.
FATIHAH - UNTUK MENGUBAT SAKIT TELINGA
Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallah afiat.
FATIHAH - MINYAK FATIHAH
Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.
FATIHAH - SEBAGAI PENAWAR
Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.
Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.
Wallahu a'lam.

Fadilat Amalan

Oleh: AKHISALMAN

Daripada Abdurrahman bin Ghonm r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yg berkata (LAILLA HA ILLALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH LAHUL MULKU…. hingga akhir ayat ) sebelum dia beredar dr tempat sembahyangnya dan sebelum dia mengubah posisi duduknya(duduk tahiyat akhirnya) pada solat magrib dan subuh:

Maka dia mendapat keistimewaan yg berikut:

1. Mendapat seratus pahala kebaikan.

2. Dihapuskan sepuluh kejahatan yg telah dilakukan.

3. Diangkat sepuluh darjat kedudukannya oleh Allah.

4. Dilindungi dr segala perkara yg tidak diingini.
(dijauhkan dr bencana, malapetaka dan seumpamanya)

5. Dilindungi dr gangguan syaitan yg direjam.
(dijauhkan dr gangguan mahkluk halus)

6. Tidak akan rosak amalannya melainkan dgn perbuatan syirik.

7. Org yg paling baik amalannya melainkan org yg berzikir lebih banyak dan lebih baik  darinya.

Hadis riwayat Imam Ahmad, Thabrani, Tirmizi dan Nasaie.Kedudukan sanad hadis: Hasan.

Pengajaran: Marilah kita sama2 beramal hadis ini dgn Istiqomah yg hanya amalan yg ringan tetapi ganjaran yg sangat besar. Berzikirlah dgn penuh khusyuk dan menghadirkan hati. Cubalah sembunyikan amalan anda dr pengetahuan org lain.

Isnin, 7 Mac 2011

Kewajipan Menutup Aurat


Video 1



Video 2



Video 3

Penceramah : Oleh Ustaz Azhar Idrus

8 sifat pakaian wanita

 

1.          Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .  Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis,  Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda, Wahai Asma’ sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.

2.          Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh. (Riwayat Muslim)


3.          Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab . menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama kemudian berkata , Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!  Lalu seseorang berkata, Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya . selanjutnya Umar berkata, Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak.

4.          Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5.          Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6.          Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki¿
(Riwayat Bukhari)

7.          Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8.          Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Catatan : Terima kasih Blog/Idham Lim & testi @ iLuvislam

Ahad, 6 Mac 2011

Ikhlas Dalam Beramal - 2

BAHRUL MADZI ( SYARAH MUKHTASHAR SHAHIH AT-TIRMIDZI ) JUZU 17

Dan telah bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam : Tiada daripada seorang hamba yang ikhlas akan 'amalnya bagi Allah empat puluh hari melainkan zahirlah mati air hikmah daripada hatinya  keluar atas lidahnya.

Dan bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam : Awal-awal orang yang ditanyai akan dia pada hari qiamat itu tiga macam orang, yang pertamanya : laki-laki yang diberi Allah Ta'ala 'ilmu akan dia,
maka berfirman Allah Ta'ala : Apakah telah kamu perbuat pada barang yang telah kamu ketahui ?
maka berkata laki-laki itu : Ya Tuhanku! Adalah hamba bangun dengan dia ber'amal dengan sepotong daripada malam dan sepotong daripada siang hari,
maka berfirman Tuhan : Bohong kamu. 
Dan berkata malaikat pula : Bohong kamu, bahkan yang telah kamu kehendak itu  ialah biar dikata orang si anu itu 'alim, adakah tidak, maka sesungguhnya dikata orang akan demikian itu.

Dan seorang laki-laki yang dikurnia Allah akan dia harta,
maka berkata Tuhan : Demi sesungguhnya telah aku anugerah kamu harta, maka apakah kamu perbuat pada barang yang aku kurnia kepada mu itu?
Maka jawabnya : Ya Tuhanku! adalah hamba bersedekah sepanjang malam dan siang hari.
Maka firman Tuhan : Bohong Kamu.
Dan berkata malaikat : Bohong kamu, bahkan yang telah kamu kehendak itu  ialah biar dikata orang si anu itu murah, adakah tidak dikatakan orang demikian itu.

Dan seorang laki-laki yang berperang ia pada sabilillah,
Maka berfirman Tuhan yang Maha Tinggi : Apa engkau perbuat? 
Maka katanya : Ya Tuhanku! telah engkau suruh berperang sabil, maka berperang aku sampai kena bunuh aku.
Maka firmaNya : Bohong kamu.  
Dan berkata malaikat : Bohong kamu, bahkan yang telah kamu kehendak itu  ialah biar dikata orang si anu itu berani, adakah tidak dikatakan orang demikian itu.

Kata Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu kemudian digores oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pahaku seraya katanya: Hai Aba Hurairah! mereka itulah awal-awal makhluk yang dibakar oleh api neraka akan mereka itu pada hari qiamat.

   Dan tersebut cerita di dalam Bani Isra'il bahasanya seorang yang berbuat 'ibadat, adalah ia sedang ber'ibadat akan Allah Ta'ala itu beberapa masa yang panjang, maka datang kepadanya satu kaum lalu berkata kepadanya : " Sungguhnya disana ada satu kaum menyembah mereka itu akan pohon kayu, bukannya menyembah Tuhan."
Bila didengar oleh ahli 'ibadat itu, lalu marah ia, dengan segeranya ia mengambil kapaknya lalu dipikulnya pergi menuju pohon kayu itu supaya dipotongnya dan ditebangnya,
tiba-tiba dijalan berjumpa dengan dia iblis merupa dengan satu rupa orang tua, lalu kata iblis itu kepadanya : " Hai laki-laki , diberi rahmat akan dikau oleh Allah, kemana kamu hendak pergi ini?"
Kata ahli 'ibadat itu : " aku mahu menebang pohon kayu ini kerana disembah orang akan dia lain daripada Allah."
Jawab iblis itu : " Hai laki-laki! Apakah engkau ini, apa engkau pedulikan itu, kamu tinggalkan 'ibadat kamu, dan berbimbang kamu dengan diri kamu, serta berhadap berbimbang lain pula."
Maka jawab ahli 'ibadat itu: " Bahawasanya ini jumlah daripada 'ibadatku jua." 
Kata iblis itu : " Sungguhnya aku tidak mahu aku membiarkan kamu menebang pohon kayu itu."

Maka ia pun melawan bergumpal dengan laki-laki dan laki-laki itu pun melawan akan dia, maka dipegang oleh laki-laki ahli 'ibadat itu akan iblis , lalu dibantingkannya  (hepas) di atas muka bumi dan duduk dia diatas dada iblis itu,
maka berkata iblis itu baginya : " Hai laki-laki! Lepaskan aku , dan bangun kamu daripada aku ini supaya aku bercakap bagus dengan kamu."
Maka bangun laki-laki itu daripadanya dan berkata iblis itu baginya : " Apa ini kerja, sungguhnya Allah Ta'ala menggugurkan kesalah kamu daripada pekerjaan ini dan tiada difardhukannya atas kamu, bukannya kamu Nabi, dan bukannya kamu menyembah akan dia, dan tiada apa disa atasmu orang lain menyembahnya, lebih baik kamu berbimbang dengan 'ibadat kamu dan biarkan dia kerana ada bagi Allah itu beberapa Nabi di atas muka bumi itu, sekiranya dikehendaknya menebang, nescaya disuruhnya mereka itu kepada ahlinya dan disuruhnya menebangnya. "
Kata ahli 'ibadat itu : "  Pasti aku tebang juga akan dia,"
maka iblis itu pun menegah dan menahan akan dia dengan bersungguhnya tidak memberi tebang dan bergumpal pula di situ hingga dikalah akan dia oleh ahli 'ibadat itu, direbahnya akannya di atas muka bumi itu dan naik di atas dadanya sampai lemah iblis itu daripada melawannya " bila dilihat oleh iblis itu akan hal yang demikian lalu berkata ia pada laki-laki: " Mahukah kau aku beri satu fikiran yang boleh menghukumkan antara aku dengan kamu, dan ialah pekerja yang lebih baik bagimu dan lebih manfa'atnya."
Jawab laki-laki itu : " Apa ia? "
Kata blis itu: " Lepaskan aku dan bangun kamu daripada aku ini supaya boleh aku bercakap baik dengan kamu ."
Maka laki-laki itu pun melepaskan dia dan berdiri,
dan iblis itu lalu berkata : " Hai laki-laki! Kamu  itu seorang yang faqir, tiada apa suatu bagi mu, sungguhnya kamu itu boleh aku mengaku beri jalan semua orang mahu kemukakan kamu, dan barangkali pula kamu itu dikasih orang labih daripada saudara-saudaramu, dan boleh kamu bertolong-menolong dengan jiran kamu, dan lapang lega kamu di dalam hal kehidupan, dan boleh kamu tidak berhajat kepada siapa-siapa lagi. "
Kata ahli 'ibadat itu : " Mahu aku, apa ia jalannya ? "
Kata iblis : " Tak usah kamu kerjakan menebangkan kayu itu, boleh aku mengaku pada kamu aku jadikan di kepala tidur kamu dua dinar pada tiap-tiap malam, bila pagi kamu ambil dua dinar itu boleh kamu belanjakan atas dirimu,dan anak isterimu, dan bersedeka saudara-saudaramu, maka itu lebih utama dan lebih berfaedah padamu dan pada muslimin daripada memotong dan menebang pohon kayu yang ada tercacak ditempat itu, tiada apa memberi mudharat akan kamu, dan tiada memberi manfa'at apa suatu bagi saudaramu orang-orang mu'min pada memotong menebangnya itu."

Apakala didengar oleh ahli 'ibadat itu, lalu berfikir ia dengan dengan sejurus lamanya pada apa-apa yang dicakapkan oleh iblis itu, dan berkata didalam hatinya: " Benar orang tua ini, bukannya aku Nabi sampai lazim  atasku memotong pohon kayu ini, dan tidak disuruh Tuahnku memotongnya sampai menjadikan aku bernama orang derhaka. dan apa yang telah disebut orang tua ini berfaedah bagi umum manusia, kemudian daripada itu, lalu beraku-akuan antara ahli 'ibadat itu dengan iblis tadi atas menyempurnakan sebagai yang dikatakan oleh iblis itu, dan iblis itu pun bersumpah ia mengaku menyempurnakan dan kembali pulang ahli 'ibadat itu ketempat ia ber'ibadat, dan  bermalam ia semalam-malam itu, Apakala paginya nampak dua dinar di kepala tidurnya, lalu diambil akan dia, kemudian keesokan harinya pun demikian juga, kemudian pada hari yang ketiga dan keempatnya tidak ada apa suatu lagi, maka ahli 'ibadat itu pu lalu marah, langsung mengambil kapaknya dan keluar mahu pergi memotong pohon kayu itu dan berkata didalam hatinya : " Jika aku tidak dapat dunia, aku dapat pahala akhirat,." 

Tiba-tiba berjumpa iblis itu pula merupa seperti orang tua yang dahulu jua, lalu katanya : " Kemana kamu hendak pergi hai laki-laki.? "
Kata laki-laki itu : " Aku hendak pergi menebang kayu itu ."
Maka kata iblis itu : " Tidak kamu terbuat, tida aku beri, demi Allah tidak kamu terbuat, dan tiada ada jalan boleh kamu menyempurnakannya. "

Maka laki-laki itu mencapai akan dia supaya digumpalnya semacam yang telah lalu. maka kata iblis : " Jauh sekali kamu dapat mengalahkan aku. " Maka iblis pun mencapai akan dia , lalu direbahkanya semacam bulu burung oleh senangnya, dan duduk pula iblis di atas dadanya, dan berkata ia: " Tidak pun kamu berhenti daripada memotong kayu itu, tidak pun aku sembelih akan kamu. " 

Maka nampak lah pada ahli 'ibadat itu akan dirinya telah lemah tiada terkuasanya melawan iblis itu, ia pun lalu berkata : " Amboi! Sekali ini telah kalah pula aku, lepaslah aka daku dan khabarkan olehmu pada aku apa sebabnya aku boleh kalah ini, pada halnya telah menang aka daripada mulanya." 
Jawab iblis itu : " Sebab pun kamu jadi kalah sekarang ini kerana engkau telah marah pada mula-mula kali itu kerana Allah, dan adalah niat kamu kerana akhirat, dengan sebab itu dikalah Tuhan akan daku, maka jadi menang kamu. Ada pun sekali ini marah kamu kerana dunia, jadilah lebih kamu dunia, maka dikerasi Allah Ta'ala atasmu, lalu aku kalahkan kamu." 

Khamis, 3 Mac 2011

BAHRU AL-MADZI

BER'AMAL DENGAN IKHLAS ITU DISURUH OLEH SYARA' KITA


Kerana ialah ikatan yang kukuh dan puncak yang tinggi, maka telah berfirman Allah Ta'ala di dalam al-Quran:

Ertinya : Dan tiada disuruh sekelian kamu melainkan berbuat 'ibadat akan Allah hal keadaannya ikhlas mereka itu pada 'ibadatnya, baginya agama yang betul. ( Surah Al-Baiyinah: Ayat 5 )

Maka ialah wasilah bagi sah iman san "amal-'amal semuanya dan ialah sering ditaruh  didalam segala hati wali-wali dan orang - orang berdamping diri kepada Tuhan. Dan jauh daripada hati meraka itu perintah syaitan dan jalanya. dan berfirman Tuhan lagi:

Bukankah bagi Allah itu agama yang bersih yang hilang daripadanya campurannya yang ada padanya. ( Surah Az-Zumar :Ayat 3 )

Dan firman Allah Ta'al:

Melainkan orang-orang yang taubat mereka itu dan berbuat baik dan bergantung mereka itu dengan agama Allah, dan ikhlas mereka itu akan agamanya kerana Allah. ( Surah An-Nisa' : Ayat 146 )

Maka taubat itu awal maqam daripada segala maqam yakin, dan ikhlas itu kesudahanya.

Dan lagi firman Allah Ta'ala:

Ertinya : Maka siapa ada harap jumpa Tuhannya, maka hendaklah ia ber'amal akan 'amal yang soleh dan jangan sekutukan berbuat 'ibadatnya akan seseorang. ( Surah Al-Kahfi :Ayat 110 ) 

Sunguhnya turun ayat ini pada orang yang ber'amal kerana Allah, dan suka ia bahawa dipujinya atasNya.

Dan telah bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tiga perkara tiada dengki atasnya oleh hati laki-laki orang yang islam,

Pertamanya : Ikhlaskan 'amal kerana Allah
Keduanya : Nasihat bagi pemerintah-pemerintah sekelian orang islam.
ketiganya : Tiada berlekangan daripada jamaah muslimin.

Dan telah berkata baginda "Ali Karramallahu wajhah :
Tak usahlah kamu pedulikan sedikit 'amal, dan ambil peduli dan ambil berat akan qabulnya di sisi Allah, kerana bahawasanya  Nabi saw telah bersabda ia bagi Mu'adz Bin Jabal  Radhiyallahu 'anhu : Ikhlaskan oleh mu akan 'amal nescaya memadai akan dikau sedikit daripadanya.


      Bersambung......