Khamis, 11 Jun 2015

Umrah Mei 2015 - Siri 3

Ziarah 3 ( Semasa di Mekah )

Melawat tempat untuk mendapatkan susu unta.
Yang pernah ditutup untuk kunjungan pelancong, akibat penyakit ...
 kini dibuka... semula
 Tak mahal SAR 5 sahaja satu botol kecil....

Bergambar bersama Ustaz.... pesan Dr. jangan hampiri unta jika ada 
kesempatan melawat tempat tersebut...akur dgn nasihat Dr. susu 
pun ana tak minum... ambil gambar pun jauh je....kesian.....

Ke Jabal Rahmah
 Sekadar bergambar dari jauh dan walaupun waktu awal pagi, 
tapi kepanasannya jangan tanya... le...


Apa cerita dan sejarah bukit ini....?

Rahmah memiliki arti kasih sayang. Nama tersebut diambil dari suatu kisah yang diyakini umat Muslim, yaitu pertemuan antara Adam dan Hawa. Jadi, ketika Adam dan Hawa diturunkan ke bumi olah Allah, mereka diturunkan secara terpisah.

Hingga akhirnya, kedua manusia pertama di muka bumi tersebut bertemu di Jabal Rahmah. Untuk mengenangnya, di atas Jabal Rahmah terdapat suatu tugu yang terbuat dari beton persegi empat dengan lebar 1,8 meter dan tingginya 8 meter. Masyarakat setempat percaya, lokasi bertemunya Adam dan Hawa persis di titik tugu tersebut.

Jabal Rahmah sendiri bisa dibilang sebagai bukit. Tingginya hanya sekitar 70 meter saja dan bisa didaki jamaah haji dengan melewati sekitar 160-an anak tangga. Mendaki Jabal Rahmah dari dasar hingga mencapai tugu Adam dan Hawa, biasanya menghabiskan waktu sekitar 15 menit saja. ( Sumber DetikTravel ).


Cukup sekadar dikaki bukit ( Tangga sahaja )


Masjid Hudaibiyah - Miqat Haji/Umrah


Sejarahnya....
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani [1].

Masjid Hudaibiyah (Lama dan Baru)


Sebab berlakunya perjanjian Hudaibiyah...
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah". (Wiki)

Jika ada tersalah atau silap fakta maafkan ana....


bersambung...... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan