KENYATAAN KHALID SAMAD TENTANG PERANGAI HASAN ALI: Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.
Maklumat ini masih bersifat sulit kerana ia belum diketahui oleh sesiapa. Tiada cakap-cakap mengenai perkara ini sebelum ini. Apa yang saya perolehi ini pun kebetulan saja. Masa menghadiri kenduri kesyukuran dan aqiqah cucu seorang kawan saya di Cheras tadi terdengar seseorang sedang bercakap-cakap dengan kawan saya tentang maklumat yang mengejutkan ini.