Khamis, 27 September 2012

Jet Peribadi dan Kenyataan Mansor Othman - Merah Tinta MSO




Mohd Sayuti Omar (http://msomelayu.blogspot.com/)
MENYELAM MALAM

Antara sebab kenapa saya tidak mahu melibatkan dalam parti politik secara rasmi ialah kerana melihat budaya politik Malaysia tidak ada standard atau tidak ada kelas. Sejak dari dulu lagi saya melihat orang Melayu bermain politik secara bodoh dan bangang. Mungkin beginilah ciri-ciri rakyat di sebuah negara yang berada di pre-kemerdekaan dan pre-tamadun. Saya menyifatkan orang Melayu separuh masak. Keadaan separuh masak ini serba salah, cerdik pun tidak bodoh sangat pun tidak.
Saya masih ingat saya pernah menulis sebuah buku awal tahun 90-an menafikan yang negara ini merdeka dan rakyatnya tamadun. Buku itu berjudul "Merdeka Kedua".

Panggilan Pintu-Pintu Amalan - Hadis Nabi saw : Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad :


Ustaz Hj Shamsuri - Hadis Nabi saw ( Lewatkan Solat 'Isya )


Rabu, 26 September 2012

Kafir dan Munafik: Siapa Lebih Teruk? - (Merah Tinta MSO)




SELAM MALAM                                                                                                                                         

Mengenai pendirian bekas timbalan presiden Pas yang kini bermesra dengan Umno dan mungkin juga bakal menjadi winnable candidate BN untuk parlimen Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, saya tidak mahu bercerita panjang.

Foto yang dirakam di Kuching, ada lagi yang lebih teruk...
Meruju kepada kenyataan atau bidasan Lim Guan Eng terhadap orang itu, cukup kalau saya menyiarkan sekeping gambar ini yang saya ambil sewaktu mereka bertemu di Kuching sewaktu mengadakan kenyataan bersama selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak.

Rakyat, kuasa asing mahu perubahan - Subky Latif



Subky Latif,
25 Sep 2012

KATA Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, kuasa  asing – mana-mana saja – mahukan perubahan kuasa di Malaysia supaya Perdana Menterinya seorang yang mereka suka.

Apa yang dikatakan kemahuan kuasa asing itu kira-kira  sama saja dengan kemahuan Dr. Mahathir kerana beliau juga mahukan seorang Perdana Menteri yang dia suka. Dia dapati dia tidak suka Tun Abdullah Badawi, dia berusahakan gantikan Perdana Menteri  dulu itu dengan Perdana Menteri sekarang.

20120925 Makruh Ketika Solat - Ustaz Ahmad Ghazali


Selasa, 25 September 2012

20120924 Hubung kait asal agama ISLAM - Ustaz Naim Hussin


 Orang yang puasa 1 hari, apabila mati Allah SWT jarakkan Neraka darinya sejauh 70 tahun perjalanan...

Kedatangan musibah terhasl daripada sebahagian manusia abai akan  asas dalam ibadat iaitu SEMBAHYANG DAN PUASA...



Ahad, 23 September 2012

20120922 Ustaz Shahul Hamid - Kelebihan Saf Pertama

Hadith 37 Bab : 
Kelebihan Bang Saf Pertama, Kelebihan 'Isyak' dan Subuh berjema'ah.

Hadith 38 Bab : 
Sopan santun waktu datang menyempurnakan sembahyang

Hadith 39 Bab :
Berdiri Imam apabila dilakukan Iqamah.



Kuliyyah Maghrib Oleh:
Ustaz Shahul Hamid

Tempat Surau Perwaja Gurun Kedah

Tarikh 22 September 2012




Tenat Benar Najib Sampai Merayu....(Merah Tinta MSO)


PANAS PERUT                                                                                                                                    

Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat. Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.

Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak dikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib.

Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain.

Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.

Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.

Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja.

Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.

Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi.

Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou....[wm.kl.9:49 pm 22/09/12]

Khamis, 20 September 2012

Selamat datang para pencinta Nabi SAW


3 Zulkaedah 1433H.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kedatangan para peserta demonstrasi ke Kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini, 21 Sept bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Bagi DPPWP, kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob kehadiran peserta untuk berdemonstrasi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mencerminkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu agama di negara ini.

“Ianya turut membuktikan rasa cinta dan sayang umat Islam di Malaysia terhadap Rasulullah SAW.

“DPPWP yakin, kehadiran demonstrasi kali ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia, malahan akan turut disertai oleh ribuan umat Islam yang berasal dari negara lain tetapi menetap di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, DPPWP turut mengecam terhadap sikap biadap yang ditunjukkan oleh Sam Bacile atau nama lainnya Naloula Basseley Nakoula yang secara berani menghina Nabi Muhammad SAW melalui filemnya.

“Perbuatan Sam Bacile ini menzahirkan sikap anti-Islamnya dan tidak bertamadun kerana sanggup menghina agama lain.

“Golongan ini sentiasa tidak puas dan akan mencari jalan bagaimana untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Bagi DPPWP, katanya tiada kemaafan bagi mana-mana pihak yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW yang amat dicintai.

“Bahkan, kami Pemuda PAS sanggup menggadaikan nyawa dan darah demi mempertahankan kesucian Islam dan Rasulullah SAW daripada dihina,” ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berada di Lembah Klang untuk hadir bersama-sama berhimpun di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

DPPWP juga, ujarnya komited untuk menghantar seramai 5 ribu orang pemuda untuk bersama-sama hadir ke demonstrasi pada Jumaat ini.

harakahdaily/-

Rakan Syaitan Dikenali Lebih Baik? -Abd Hadi


Oleh  
Abdul Hadi Awang, 
Presiden PAS

Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.

Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu’ dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :”Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami “. Allah berfirman kepada Adam :” ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya “. Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :” Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus. 

62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62) 

Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208). 
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar (Merah Tinta MSO)


 
 Mahathir I C Kandar Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap menguasai Putrajaya. Sudah semacam tidak 'berapa sara' bekas PM ini dalam mempengaruhi orang ramai supaya mengekalkan kerajaan UBN pimpinan Najib. Kerana keacapan itu kalau kita selami dalam-dalam jiwa Mahathir apa yang dilakukan memberi gambaran yang beliau dalam keketaran. Keyakinan yang UBN akan menang bukan untuk ahli Umno dan Najib sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Dari segi psikologi apabila orang itu kerap bercakap mengenai sesutau topik, berulang-ulang ternyata dia obses dengan topik itu. Pemerhatian dan prihatin itu ada dua kemungkinan, sama ada dia seronok atau bimbang dengan apa yang dicapkkan itu. Dalam hal ini saya menyuluh Mahathir takut dengan apa yang bakal terjadi kelak.

Mahathir: Aku masih berkuasa?
Hari ini dia mengulangi sekali lagi pernyuataan untuk menyakinkan dirinya. Dia kata UBN akan menang dan satu-satu parti yang mampu untuk mentadbir. Dalam masa sama beliau terus memperkecilkan pembangkang. Isu yang dibawa kali ini katanya, Karpal Singh akan bergaduh dengan Nik Aziz dalam isu hudud.

Sinisnya, Nik Aziz kata potong tangan, Karpal Singh kata jangan. Bila berlaku begitu katanya maka pembangkang akan kelam kabut dan parlimen akan dipenuhi dengan hujah-hujah begitu, mengenai hudud.

Wah begitu sekali Mahathir menghina dan merendah daya fikir dan muslihat politik Karpal Singh dan Nik Aziz. Dia fikir hanya dia saja yang bijak dan orang lain semuanya haprak.

Mahathir masih belum sedar-sedar lagi dan terus masih tidak berpijak di bumi nyata. Atau dia sedar akan kebijaksanaan pembangkang tetapi sengaja diremeh-remehkan untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Saya yakin Mahathir sedar malaikat yang beliau tidak kenali yang ditugas untuk memacung leher UBN sudah kian mara ke arahnya. Makanya kerana beliau terlalu ketakutan dan sudah tidak ada obat untuk menenangkan jiwanya maka beliau terpaksa mengeluarkan pandangan dan kritikan yang merendahkan martabatnya sebagai negarawan seperti mana diangkat dan dinobatkan oleh media massa PB.

Sejujurnya dia yang bimbang dan cemas kalau BN kalah bukan orang Melayu. Ia bukan juga para pemimpin Umno, tetapi dirinya sendiri. Mahathir ada sebab kenapa dia perlu mempertahankan agar UBN menang. Kemenangan UBN bukan untuk membela rakyat tetapi melindungi dirinya. Mahathir reti dan faham kalau UBN tidak lagi menjadi penguasaan kedudukannya, penguasaannya ke atas kekayaan yang dihimpun sejak 22 tahun lalu akan hilang.

Peluang untuk beliau megumpul dan mencipta kekayaan bersama keluarganya dan waris politiknya Mukhriz juga akan terlepas. Itu masih lagi boleh ditelan, tetapi apa yang menakutkan ialah kalau kerajaan baru akan bertindak ke atasnya, membuka fail siasatan dan mengutip segala bentuk jenayah yang disorot selama 22 tahun lalu. Apakah di zaman Najib saja ada skandal manakala di zaman Mahathir bersih dan putih? Oh la la...

Sebagai seorang mungkin melakukan jenayah Mahathir tahu akan segala rekod jenayah yang dibuatnya kalau ada. Mungkin bahan bukti beliau sembunyi dan hilangkan, tetapi beliau sedar masih ada saksi hidup yang bila-bila masa sedia tampil ke mahkamah untuk menceritakan segalanya. Inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia akan menggunakan apa saja helah, ikhtiar dengan apa saja untuk memastikan Pakatan rakyat tidak menang.

Boleh jadi Mahathir percaya kepada kata-kata Anwar yang telah memaafkannya, untuk tidak mendakwa atas setiap jenis jenayah yang mungkin Mahathir lakukan. Tetapi Mahathir tidak percaya rakyat yang membenci dan kecewa dengannya selama ini berdiam diri. Mereka (rakyat) akan menuntut kerajaan agar mengheretnya ke mahkamah. Ini menyebabkan Mahathir jadi 'terkaba' waktu tidur.

Mahathit tahu ketika itu Anwar tidak akan boleh berbuat apa-apa untuk tidak melaksanakan kehendak rakyat. Adalah bahaya kalau Anwar mengambil sikap 'waafu hu rahim', ke atas Mahathir kerana kalau pendirian itu diambil Anwar pula akan dimurkai rakyat. Jadi hendak tidak hendak Anwar akan merestui tindakan ke atas Mahathir.

Anwar pun selalu berkata, saya sudah maafkan Mahathir atas segala dosa beliau kepada saya, tetapi saya tidak boleh menghalang rakyat untuk bertindak ke atasnya. Jadi saya akan serahkan kepada rakyat.

Ha... inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia tidak memanjangkan tidurnya untuk mencari helah dan muslihat bagi memastikan UBN menang. Adalah berbaloi kalau beliau tetap berusaha dan mencari ikhitiar itu kerana demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan keluarganya.

Di sini saya tengok kehidupan Mahathir terseksa dibandingkan dengan Abdullah Badawi. Benar Pak Lah tidak seorang perdana menteri hebat, tetapi hari ini jiwa dan hati Pak Lah tenang. Pak Lah tidak jadi seresah dan serisau Mahathir yang masih berhutang dengan rakyat dan Anwar.

Tidak tergamak untuk saya katakan, mungkin Mahathgir suka kalau beliau diambil Tuhan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Maaflah Dir agar kasar sikit... Mat Maslan sudah lama tidur bermimpikan berendur dengan puteri kayangan selepas malam semalam dia bermimpi ditebuh lembu laki Sharizat. [wm.kl.11:54 pm 19/09/12]

Rabu, 19 September 2012

8 Pengajaran Dari Filem ' Pendekar Bujang Lapuk '



HALAMAN HIBURAN
Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar Bujang Lapok:

1.dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan

2.apabila orang kampung sudah jelek dan muak,muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang

3.apabila muncul seorang yang berani,maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidak adilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati



4.baru kita tahu,yang Alif Mim Nun Wau yang diucap oleh Sudin berbunyi SARKIS

5.kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang,seperti Ramlee,Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu..

6.sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak...(macam hantu Jepun,kucing dan mereka suka mengumpat)

7.lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng,lawan pun kena pakai otak...tengok cara Sudin dan Ajiz,pakai tongkat je(kita pakai garam dan botol mineral)

8.akhir sekali,dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye...

Diangkat dari  http://apadianie.blogspot.com

Rabu, 12 September 2012

20120911 Ustaz Wadi Anuar - Kain Sarung Nabi saw

Tempat Ibadat Perama Nabi Sulaiman Dijumpai..


Posted by Ibnu Hasyim
Email This

RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.
Takungan 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis

BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.

Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air. Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu. Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.

"Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.

Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. - Agensi

Ahad, 9 September 2012

20120908 Ziarah Allah SWT : Ustaz Ibrahim Osman

Majlis Syura Tidak Perlu Bincang Hal Nasharudin (MSO-Tinta Merah)



SESUDAH SUBUH


Malam ini Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat rutin bulanannya. Mesyuarat itu akan dipengerusi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sudah berada di ibu kota. Mesyuarat malam ini sudah pasti menjadi tumpuan dan dinanti-nanti media massa. Begitu juga ia sedang ditunggu oleh musuh-musuh Pas yang mahu melihat keputusan mesyuarat itu nanti akan membuahkan sesuatu yang kurang manis untuk dijadikan modal politik menghentam Pas. Itulah yang didoakan mereka.

Nasharudin: Biar dia pilih jalan sendiri.
Musuh Pas sangat berharap isu bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang baru-baru ini 'sengaja' mendampingi perdana menteri Najib Razak semasa PM itu berjumpa dengan dua orang Mesir berjanggut di Makkah akan dibincang dan seterusnya diambil tindakan.

Umno Semakin Ganas ( MSO-Tinta Merah)


Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas

ULASAN KEJADIAN

Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran di depan mata atau pun rumah-rumah kediaman, kenderaan awam dibakar dengan penuh amarah? Petanda awal sudah menjelaskan kejadian buruk bakal berlaku kelak.  Ia sesuatu yang tidak mustahil apabila manusia sudah berubah menjadi binatang yang hilang segala peri kemanusiaan.

Anwar terus berucap walaupun diserang.
Kalau hari ini setakat tumbuk terajang, serang orang dalam masjid, sorak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin khasnya Anwar Ibrahim tetapi esok, bila tiba pilihan raya nanti kesadisan kebiadapan itu akan memborak (menular) lebih besar lagi. Ia kalau tidak dikawal dan diawasi tidak mustahil negara akan melihat sejarah politik terkotor kalaupun tidak jadi padang jarak padang terkukur.

Selasa, 4 September 2012

Jadual Kuliyyah Surau Perwaja Bulan September 2012

Alhamdulillah..... setelah lama tidak berkuliyyah, asyik dengan RAYA...kini jadual bulan September 2012 telah keluar makanya janganlah kitab abaikan masa yang terluang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, JOM kita ke Surau Perwaja.. Menambah dan memantapkan Ilmu dunia dan akhirat...

Didalam menegak dan mendirikan syiar ISLAM dibumi ini..
Do'a daripada rakan-rakan supaya sumbangan ana yg sekecil ini akan diberi Taufik dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT hendaknya..